|
Taman-taman ini disediakan oleh hospital adalah tempat yang menarik untuk pelawat istirehat dan menenangkan fikiran. |
|
Kemudahan ini disediakan untuk pesakit berdaftar yang ingin mengambil ubat yang telah ditetapkan. Ia terletak di luar Lobi Makmur berhampiran Farmasi dan Unit Hasil.
|
|
Bersebelahan kafetaria, terdapat sebuah kedai runcit mini yang turut menjual majalah, suratkhabar, minuman makanan kering dan roti. |
|
Kedai ini terletak bersebelahan lift bangunan utama. Ia dikendalikan & dikenali sebagai Koperasi Kesihatan Kuantan Pahang Berhad. Terdapat pelbagai barangan cenderahati disediakan di sini, juga turut menjual makanan, minuman serta barangan keperluan harian, majalah, suratkhabar dan ‘topup’. Hospital menyediakan 6 lift untuk orang awam dan satu lift khas untuk kakitangan HTAA. |
|
|
Kafetaria Utama HTAA terletak di hadapan bangunan ACC dan ruangan meletak kenderaan. Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman dijual disini antaranya kuih-muih, nasi lemak, mihun, mi, laksa, cekodok, nasi minyak, nasi ayam, roti, kek, buah-buahan,masakan panas, nasi campur, air buah-buahan, kek dan sebagainya. Kafe ini dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 7.30 pagi sehingga 10 malam. Ruang makanan untuk kakitangan HTAA turut disediakan. |
|
Kemudahan kamar transit ini disediakan untuk pesakit yang telah dibenarkan discaj sementara menunggu keluarga terdekat datang mengambil. Terletak berdepan dengan Hospitamart di aras bawah Bangunan Utama. |
|
Salah satu kemudahan yang terdapat di HTAA adalah pasar mini iaitu Hospimart Shoppe. Hospimart menyediakan dua perkhidmatan jualan iaitu menjual pelbagai jenis barang keperluan harian, makanan seperti biskut, buah-buahan, minuman sejuk berkotak/bertin/berbotol, suratkhabar, majalah, buku, 'top-up' dan servis mengecas telefon bimbit |
Jadual Klinik Pakar HTAA