JABATAN ORTOPEDIK

TEL: 09-5572660

PROFAIL

Dr. V.A. Jacob A/L Abraham
Ketua Jabatan

VISI

Melaksanakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dengan berlandaskan ciri-ciri Budaya Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Professionalisma, Perkhidmatan Penyayang dan Kerja Berpasukan.

OBJEKTIF

Objektif Umum

Untuk memberi perkhidmatan kesihatan dari aspek promosi pencegahan dan perawatan yang bersepadu kepada pesakit-pesakit serta mengamalkan kualiti hidup kesihatan yang optimal dengan pencegahan daripada penyakit agar membolehkan para pesakit hidup dalam fizikal, mental dan sosial yang baik dan sempurna.

Objektif Khusus

  1. Menyelia Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar dan Dalam dengan cemerlang
  2. Memantapkan lagi produktiviti dan menjamin nilai-nilai budaya kerja yang baik
  3. Menerima dan merawat pesakit-pesakit daripada lain-lain institusi perubatan yang memerlukan rawatan khas pakar yang tidak ditawarkan daripada institusi masing-masing
  4. Memperbaiki mutu perkhidmatan hospital dari semasa ke semasa supaya mencapai taraf kesihatan yang lebih tinggi.
  5. Menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berterusan bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang terbaik.

MISI

Jabatan Ortopedik berazam dan berjanji akan memberi rawatan dalam kepakaran ortopedik kepada semua pesakit dan ahli keluarga mereka yang mempunyai masalah ortopedik berasaskan prinsip kerja dan wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kami akan memberikan rawatan yang:

  • Adil dan saksama
  • Cekap dan amanah
  • Berteknologi terkini berdasarkan kemampuan dan kesesuaian dalam jabatan.
  • Bersesuaian dengan persekitaran
  • Berdasarkan keutamaan penyakit
  • Berlandaskan etika professionalisma dan penyayang
  • Melibatkan penyertaan pesakit dan ahli keluarga
  • Berasaskan kecemerlangan ilmu yang terkini

Sistem ini juga mengutamakan:

  • Kualiti dan Inovasi mutu kerja melalui program – program yang tersusun
  • Promosi kesihatan untuk pencegahan dan juga untuk perawatan pesakit
  • Penyanjungan kepada kemuliaan insan
  • Penjagaan dan penyelenggaran alatan perubatan yang bersistematik
  • Penyertaan ahli keluarga dalam tanggungjawab bersama
  • Penyaluran maklumat yang benar dan tepat kepada pesakit
  • Keharmonian hubungan sesama kakitangan jabatan adalah sentiasa yang terbaik
  • Keselamatan dan kebajikan pesakit dan ahli keluarga adalah terpelihara
  • Keselamatan dan kebajikan kakitangan jabatan juga turut terpelihara

 

  1. Perkhidmatan Teras & Sub-Kepakaran Jabatan Ortopedik HTAA

Jabatan Ortopedik menawarkan perkhidmatan konsultasi klinikal dan pembedahan untuk pesakit yang mengalami kecederaan trauma muskuloskeletal, melibatkan kepatahan tulang dan juga pelbagai kecederaan yang lain.

Jabatan Ortopedik juga menawarkan beberapa perkhidmatan sub-kepakaran seperti berikut:

  • Pembedahan Artroplasti (Arthroplasty Surgery)

Perkhidmatan artroplasti bertumpu kepada perawatan pesakit dengan arthritis sendi utama. Perkhidmatan kami yang ditawarkan ini meliputi kes-kes pelbagai kategori pesakit dan jenis artritis yang berada di segenap Negeri Pahang.

  • Pembedahan Artroskopik Sukan (Sports Arthroscopic Surgery)

Perkhidmatan Pembedahan Artroskopik Sukan menyediakan rawatan komprehensif merangkumi rawatan muskuloskeletal yang melibatkan kes-kes kecederaan sukan, trauma dan degenerative joint conditions. Artroskopi adalah teknik pembedahan khusus yang dilakukan melalui melalui ‘lubang kekunci’ (key-hole) untuk membolehkan penelitian secara terperinci mengenai struktur-struktur dalam sesuatu sendi.

Antara kes kes yang lazimnya boleh dirawat dengan kaedah pembedahan arthroskopi adalah kecederaan sendi lutut (ACL, meniskus dan rawan sendi), kecederaan sendi bahu (Bankart repair and rotator cuff tear) dan rawatan sendi sendi lain seperti kecederaan siku and pergelangan kaki

  • Paediatrik Ortopedik (Paediatric Orthopaedics)

Perkhidmatan Paediatric Orthopaedics telah bermula di HTAA sejak tahun 2008. Di peringkat permulaan, satu sesi klinik diadakan dalam seminggu. Kini, sesi klinik telah bertambah kepada dua kali seminggu, merangkumi klinik trauma (fracture in paediatrics) dan klinik non-trauma (paediatric orthopaedics).

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

  1. Paediatric Trauma
  2. Congenital deformity seperti developmental dysplasia of the hip, congenital talipes equinovarus, osteogenesis imperfect
  3. Limb deformity seperti angular deformity, limb length discrepancy
  4. Neuromuscular disorder seperti cerebral palsy, Ehler Danlos Syndrome
  5. Bone / joint infection and tumour
  • Pembedahan Tulang Belakang (Spine Surgery)

Perkhidmatan pembedahan tulang belakang menyediakan kepakaran diagnostik dan rawatan yang khusus untuk pelbagai masalah tulang belakang. Perkhidmatan kami menerima kes-kes rujukan dari seluruh negeri Pahang. Antara perkhidmatan klinikal dan rawatan yang ditawarkan merangkumi:

  • Management of spine trauma (e.g. acute vertebral fracture, osteoporotic fracture)
  • Management of spinal deformity (e.g. adolescent idiopathic scoliosis, congenital scoliosis etc.)
  • Management of spinal infection (e.g. pyogenic spondylodiscitis, TB spondylodiscitis etc.)
  • Management of degenerative spine conditions (e.g. cervical and lumbar spondylosis / stenosis etc.)

Antara pembedahan / prosedur yang kami tawarkan termasuk:

  • Spinal stabilization (e.g. post spinal instrumentation, anterior vertebral fusion etc.)
  • Decompression of spinal cord and nerve root (e.g. laminectomy, laminotomy, foraminotomy, discectomy etc.)
  • Spinal deformity corrective surgery
  • Minimally invasive spine surgery (MISS)
  • Fluoroscopically-guided pain intervention procedures for lower back pain (e.g. epidural anaesthesia, transforaminal corticosteroid injections, facet blocks etc.)
  • Perubatan Sukan dan Senaman (Sports and Exercise Medicine)

Perkhidmatan Perubatan Sukan dan Senaman merupakan salah satu bidang kepakaran klinikal dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah bermula sejak tahun 2001 dan diletakkan di bawah Jabatan Ortopedik. Perkhidmatan Perubatan Sukan dan Senaman merangkumi aspek rawatan rehabilitasi terutamamya muskuloskeletal (MSK) dan pencegahan kecederaan sukan atau berkaitan aktiviti fizikal yang merangkumi segenap lapisan masyarakat yang bergiat aktif dalam aktiviti riadah / fizikal serta bagi atlit professional / elit yang bersaing pada peringkat yang lebih tinggi. Terdapat 6 perkhidmatan teras dalam perkhidmatan Perubatan Sukan dan Senaman, iaitu:

  1. Pengurusan kecederaan akut dan kronik muskuloskeletal (contohnya otot, tendon, ligament, rawan, tulang dan lain-lain), termasuk ‘overuse injury’, trauma dan ‘exercise related medical conditions’.
  2. Pengurusan program rehabilitasi sebelum dan selepas pembedahan sukan / penukaran sendi (artroplasti) / trauma seperti ‘ACL reconstruction of the knee, rotator cuff repair of the shoulder, total knee replacement surgery’ dan sebagainya.
  3. Preskripsi senaman bagi masalah kesihatan kronik, penyakit-penyakit tidak berjangkit (‘non-communicable diseases’-NCD) seperti obesity, kencing manis, darah tinggi, osteoarthritis, termasuk ujian penilaian / ujian kecergasan ‘fitness testing’ yang berkaitan.
  4. Intervensi muskuloskeletal (diagnostik dan terapeutik) dengan menggunakan pendekatan ‘POCUS – point of care ultrasound’ dan procedure berkaitan.
  5. Penglibatan Perubatan Sukan dalam Kesihatan Awam bagi promosi aktiviti fizikal, kesedaran tentang gaya hidup sihat sepanjang hayat dan strategi pencegahan kecederaan yang berkaitan.
  6. Penglibatan dalam liputan perubatan sukan /‘medical coverage in sports’ yang berkaitan.
  • Unit Penjagaan Luka

Misi Unit Penjagaan Luka  adalah memberi penilaian yang cekap, cadangan dan perawatan penjagaan luka  yang tepat and meyeluruh kepada semua pesakit pesakit supaya mereka mencapai tahap penyembuhan yang maksimum agar mereka boleh memperbaiki kualiti hidup sendiri, ahli keluarga dan masyarakat secara umumnya.

POLISI DAN SOP JABATAN

POLISI WOUND CARE UNIT

  • Unit Orthogeriatrik

Unit Orthogeriatrik HTAA terdiri daripada pakar orthopedik, pakar geriatrik, pakar bius, pakar rehabilitasi, pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai fisioterapi, pegawai cara kerja, pegawai sosial, pegawai pemakanan dan jururawat.

Matlamat kami termasuk:

  • Memasukkan pesakit yang mengalami kepatahan tulang femur ke wad ortopedik dalam masa yang singkat
  • Menjalankan penilaian komprehensif dari segi pembedahan, perubatan dan bius.
  • Menjalankan pembedahan dalam masa yang paling singkat
  • Memulakan rehabilitasi secepat mungkin untuk mengurangkan komplikasi seperti ‘pressure injury’ , ‘venous thromboembolism’, ‘hospital acquired infection’ dan ‘deconditioning’
  • Menjalankan mesyuarat pelbagai disiplin untuk pelan rawatan individu bagi pesakit
  • Discaj pesakit secepat mungkin dan melibatkan pesakit dalam program rehabilitasi di komuniti
  • Mengenalpasti dan memperbaiki faktor risiko yang menyebabkan pesakit jatuh
  • Saringan dan rawatan penyakit osteoporosis
  • Mengenalpastikan dan mengurangkan masalah ‘polypharmacy’
  1. Jadual Klinik Pakar Ortopedik HTAA (2020)

Hari

Masa

Klinik  

Specialists In-Charge

Isnin

8.00 pg – 1.00 tgh

Combined Sports Arthroscopic Surgery & Sports Medicine Clinic

General Orthopaedics Clinic

Mr Sazali / Mr Tan LH / Mr Firdaus

Dr Khairullina / Dr Lim ZL

Ms Kamariah / Ms Aziah / Ms Azua

2.00 ptg – 5.00 ptg

Combined Diabetic Foot Clinic

Ms Azua / Mr Su Yuen

Selasa

8.00 pg -  1.00 ptgh

Arthroplasty Clinic

General Orthopaedics Clinic

Paediatric Orthopaedics Clinic

Dato’ Sri Dr Premchandran / Mr Jacob / Mr Yuen JC / Mr Nawawi

Mr Sazali / Mr Tan LH / Mr Firdaus

Mr Shukrimi / Ms Ardilla

2:00 ptg – 5:00 ptg

Trauma - New Case Clinic

Specialists and Medical Officers

Rabu

8.00 pg – 1.00 tgh

Paediatric Orthopaedics Clinic

General Orthopaedics Clinic

Sports and Exercise Medicine Clinic

Ms Kamariah / Ms Aziah / Ms Azua

Mr Marazuki / Mr Su Yuen

Dr Khairullina / Dr Lim ZL

2:00 ptg – 5:00 ptg

Sports and Exercise Medicine Clinic

Trauma - New Case Clinic

Dr Khairullina / Dr Lim ZL

Specialists and Medical Officers

Khamis

8.00 pg – 1.00 tgh

Spine Surgery Clinic

Arthroplasty & General Orthopaedics Clinic

Advanced Trauma Clinic

Combined Ortho-Geriatric Clinic

Mr Marazuki / Mr Su Yuen

Dato’ Sri Dr Premchandran / Mr Jacob / Mr Yuen JC / Mr Nawawi

Prof Nazri / Mr Fadzli

Mr Jacob / Dr Angel Ho

2:00 ptg – 5:00 ptg

Trauma - New Case Clinic

Specialists and Medical Officers

Jumaat

8.00 pg – 12.15 tgh

General Orthopaedics Clinic

Trauma - New Case Clinic

Ms Aziah / Ms Azua

Specialists and Medical Officers

*Pesakit hendaklah membuat pendaftaran di kaunter klinik Ortopedik paling awal 30 minit sebelum masa temu-janji untuk mengelakkan masalah kesesakan. Sila patuhi masa temu-janji anda.

 

  1. Jadual Perincian Aktiviti Harian Perkhidmatan Jabatan Ortopedik HTAA (2020)

 Hari/Masa

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

PAGI

MPO

Pembedahan Elektif

Pembedahan Trauma

Rondaan Wad

Klinik Ortopedik mengikut kepakaran*

MPO

Pembedahan Elektif

Pembedahan Trauma

Pembedahan ‘Daycare’ Rondaan Wad

Klinik Ortopedik mengikut kepakaran*

MPO

Pembedahan Trauma

Pembedahan ‘Daycare’

Rondaan Wad

Klinik Ortopedik mengikut kepakaran*

MPO

Pembedahan Elektif

Pembedahan Trauma

Pembedahan ‘Daycare’

Rondaan Wad

Klinik Ortopedik mengikut kepakaran*

CME Jabatan

MPO

Pembedahan Elektif

Pembedahan Trauma

Rondaan Wad

Klinik Ortopedik mengikut kepakaran*

PETANG

Pembedahan Elektif

Pembedahan Trauma

Klinik Ortopedik*

Rondaan Wad

Pembedahan Elektif

Pembedahan Trauma

Pembedahan ‘Daycare’

Klinik Ortopedik*

Rondaan Wad

CME Jabatan

Pembedahan Elektif

Pembedahan Trauma

Pembedahan ‘Daycare’

Klinik Ortopedik*

Rondaan Wad

Mesyuarat ‘M & M’

CME Jabatan

Pembedahan Elektif Pembedahan Trauma

Pembedahan ‘Daycare’

Klinik Ortopedik*

Rondaan Wad

Audit Jabatan

Pembedahan Elektif

Pembedahan Trauma

Pembedahan ‘Daycare’

Rondaan Wad

MPO – ‘Morning Pass-over’

*sila rujuk Jadual Klinik Pakar Ortopedik HTAA untuk perincian klinik

**Pembedahan trauma akan dilakukan setiap hari. Pembedahan elektif Sabtu adalah mengikut jadual


 

CARTA ORGANISASI JABATAN

CARTA ORGANISASI KLINIK PAKAR

CARTA ORGANISASI PERJAWATAN UNIT PENJAGAAN LUKA UMUM

 

Back To Top

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA