PERUTUSAN PENGARAH

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya laman web rasmi HTAA berjaya dilancarkan. Pembangunan Laman Web HTAA ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat institusi ini samada mengenai perkhidmatan yang kami sediakan, isu kesihatan dan perubatan atau aktiviti-aktiviti terkini  yang dapat dikongsi bersama oleh seluruh lapisan masyarakat dimana juga mereka berada.

Kami akan terus berusaha memberi perkhidmatan perubatan yang terbaik kepada masyarakat di negeri ini dan sekitarnya bagi memastikan taraf kesihatan masyarakat dapat dipertingkatkan dan penyampaian maklumat disalurkan dengan lebih berkesan. Ini adalah selaras dengan objektif penubuhannya iaitu HTAA sebagai sebuah pusat pengendalian penjagaan kesihatan yang cemerlang.

Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan, penambahbaikan dan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi maklumat di dalam Laman Web ini.

Diharap Laman Web ini boleh menjadi satu saluran komunikasi yang berkesan sekiranya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Selamat melayari Laman Web rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

Kami Sedia Membantu.

 

Dato' Dr. Ardi Bin Hj. Awang, DIMP., AMP., PJK.
PENGARAH HOSPITAL
HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN (HTAA)

 

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA