JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

TEL: 09-557 2060 FAKS: 09-557 2438

PROFIL

   En. Omran bin Mt. Ali
 Ketua Jabatan
 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

VISI

Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dankomuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.

MISI

Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.

OBJEKTIF

  1. Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan
  2. Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka
  3. Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosioekonomi.
  2. Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
  3. Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi yang berkaitan, sumber sedia ada dan kelayakan pemohon

FUNGSI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Skop Perkhidmatan

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar di hospital, institusi dan klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perkhidmatan ini merangkumi:-

Pengurusan Bantuan Praktik

  1. Bantuan Kewangan (peralatan/ ubatan / rawatan/ am).
  2. Penempatan Institusi.
  3. Mengesan Waris.

Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan

  1. Khidmat Perundingan.
  2. Sokongan Emosi.
  3. Intervensi Krisis.

Bantuan praktik dan terapi sokongan diberikankepada kes-kes berikut, antaranya:

  1. Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak.
  2. Ibu Tanpa Nikah.
  3. Keganasan Rumahtangga.
  4. Jenayah Seksual.
  5. Pesakit Akut dan Kronik.
  6. Orang Kurang Upaya (OKU).
  7. HIV Positif/ AIDS.
  8. Ketagihan Dadah/ Alkohol.

Sistem Penyampaian

Sistem penyampaian Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan berdasarkan rujukan yang diterima dari Pakar/ Pegawai Perubatan di hospital, institusi dan klinik kesihatan. Pesakit yang menerima perkhidmatan ini terdiri daripada pesakit dalam dan pesakit luar. Dokumen rujukan perlu dikemukakan secara manual atauelektronik.

Sistem Penjagaan Pesakit Dalam

Perkhidmatan boleh didapati di hospital yang mempunyai Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang akan memberikan perkhidmatan di wad dan/ atau di Jabatan Kerja Sosial Perubatan mengikut keperluan.

Sistem Penjagaan Pesakit Luar

Pesakit luar yang datang ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan akan diberi temujanji atau dilayan terus untuk mendapatkan perkhidmatan mengikut keperluan kes. Rujukan pesakit diterima dari semua klinik pakar di hospital, institusi dan klinik kesihatan KKM.

Sistem Penjagaan Di Pusat Kesihatan Primer

Sistem penyampaian Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan berdasarkan dokumen rujukan yang diterima dari pakar/ pegawai perubatan di klinik kesihatan.

Fasiliti dan Kelengkapan

  1. Pesakit dalam menerima perkhidmatan di bilik yang disediakan atau di wad bergantung kepada keadaan pesakit.
  2. Pesakit luar menerima perkhidmatan di bilik pegawai/ runding cara Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

 Waktu Operasi : 8.00 pagi – 5.00 petang. Ditutup pada hari minggu (mengikut negeri) dan hari kelepasan am. 


Carta Aliran Perkhidmatan

Carta Organisasi

Back To Top

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA