UNIT KEJURUTERAAN OPERASI

TEL: 09-557 3182

PROFAIL

  En. Aliffadillah Bin Jaffar
Ketua Unit

VISI

Menjadi organisasi yang cekap dan berkemahiran dalam menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang berkualiti dan berinovatif dalam sektor kesihatan.

MISI

Untuk membekalkan perkhidmatan yang berkualiti, bermutu, dan tepat kepada pemantauan perkhidmatan kejuruteraan, dan perkhidmatan sokongan hospital.

OBJEKTIF

  1. Memastikan Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS), Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Fisiliti (FEMS), Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS), Perkhidmatan Pembersihan (CLS), Perkhidmatan Pengurusan Pendobian dan Linen (LLS) serta Perkhidmatan Pengurusan Sisa Kesihatan (HWMS) yang diberi oleh syarikat konsesi adalah memenuhi kehendak pengguna.
  2. Memberi khidmat nasihat teknikal yang spesifik mengikut skop bagi  memenuhi kategori Perkhidmatan Sokongan Hospital.
  3. Menjalankan pemantauan projek pembangunan dan kejuruteraan serta memastikan setiap aspek teknikal adalah berpandukan kepada pematuhan terhadap arahan kerja serta prosedur yang betul.

FUNGSI

  1. Semua khidmat nasihat teknikal kepada pihak hospital dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  2. Melaksanakan pemantauan projek pembangunan dan kejuruteraan dengan berkesan dan projek-projek dapat disiapkan mengikut tempoh kontrak yang telah ditetapkan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Sentiasa komited dalam melaksanakan pemantauan aktiviti perkhidmatan sokongan hospital yang diswastakan di hospital:
  2. Memastikan tindakan pembaikian aduan kerosakan bagi FEMS dan BEMS dapat diselesaikan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  3. Memastikan perkhidmatan pembersihan adalah bebas dari kotoran, tidak berhabuk, tidak berbau dan selesa.
  4. Memastikan bekalan kainan dibekal secukupnya mengikut nilai par setiap hari.
  5. Melaksana kajian kepuasan pelanggan dan menyediakan laporan penilaian prestasi Syarikat Konsesi 2 kali setahun.
  6. Menyelaras semua aktiviti berkaitan perkhidmatan kejuruteraan di hospital.

CARTA ORGANISASI

SENARAI NAMA PEGAWAI/KAKITANGAN, NO TELEFON & EMEL

 Nama  Jawatan  Tel. (samb.)  Emel
 Sazatul Azrin Binti Jentera  Penolong Jurutera Hospital  3181  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 Rosilawati bt Ali  Pembantu Tadbir (P/O)  3182  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PERKHIDMATAN DAN PRODUK YANG DISEDIAKAN

  • Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS)
  • Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS)
  • Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS)
  • Perkhidmatan Pembersihan (CLS)
  • Perkhidmatan Pengurusan Pendobian dan Linen (LLS)
  • Perkhidmatan Pengurusan Sisa Kesihatan (HWMS)
  • Khidmat Nasihat teknikal

PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT

  1. Menjalankan Kerja-kerja Penggantian Sistem Perpaipan Bagi Bekalan Air Domestik Termasuk Kerja Lain berkaitan di HTAA
  2. Menjalankan Kerja-kerja Penggantian Peralatan Bagi Sistem Penyaman Udara Berpusat Termasuk Kerja Lain Berkaitan di HTAA
  3. Menjalankan Kerja-kerja Naiktaraf MSB
  4. Menjalankan Kerja-kerja Penggantian Lif
  5. Menjalankan Sustainability Program di HTAA
  6. Pemantauan keseluruhan Perkhidmatan Sokongan Hospital

 

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA