UNIT PERHUBUNGAN AWAM

TEL: 09-557 2046

PROFAIL

Puan Radiah binti Abdul Rahim
Ketua Unit
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pengenalan

Unit Perhubungan Awam ditubuhkan bagi mendukung misi hospital untuk memberi perkhidmatan dengan professional, cekap, ikhlas dan menerapkan nilai-nilai budaya murni sepenuh hati kepada pelanggan

Unit ini terdiri daripada seorang Pegawai Perhubungan Awam

Unit ini bertindak sebagai perantara bagi sebarang pertanyaan, aduan (publik dalaman dan luaran) dan permintaan pelanggan yang berurusan serta mewujudkan dan menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak media. selain terlibat dengan acara rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Misi
Menyedia dan menyebarkan informasi yang tepat dan terkini kepada khalayak melalui medium yang bersesuaian.

Visi
Bertekad menjadi penyampai informasi tepat dan terkini yang berupaya meningkatkan imej hospital melalui perkhidmatan yang efektif, produktif dan kreatif, sensitif dengan keadaan dan permintaan semasa para pelanggan, serta bekerjasama secara perkongsian pintar dengan pihak lain untuk membentuk warga hospital yang sentiasa bersedia untuk membantu selaras dengan matlamat budaya korporat.

Objektif

  1. Memproses aduan pelanggan dalam masa yang ditetapkan.
  2. Berusaha untuk memastikan penyampaian maklumat dilaksanakan dengan cepat dan tepat.

Piagam Pelanggan

  • Pelanggan akan diberi perkhidmatan secara profesional, efisien, efektif dan berkualiti.

  • Pelanggan akan diberi maklumbalas ke atas setiap aduan yang diberikan.

  • Pelanggan akan diberi jaminan bahawa aduan yang disampaikan akan dirahsiakan daripada pengetahuan umum

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun , jujur dan ikhlas.

  • Maklumbalas / cadangan dan aduan akan diambil tindakan dengan segera dengan adil.

  • Pelanggan diberi pilihan untuk menyalurkan maklumbalas melalui pelbagai medium seperti surat, email, SMS, Facebook rasmi hospital dan juga Laman Web maklumbalas rasmi KKM spab.gov.my

  • Sebarang masalah boleh hubungi pegawai perhubungan awam ditalian 09-5133333 sambungan 2046

Fungsi

  1. Bertanggungjawab mengatur dan memaklumkan program perhubungan dengan pihak luar.
  2. Menyebarkan maklumat dan aktiviti Hospital.
  3. Mengurus aduan para pelanggan hospital dengan cepat, tepat, adil dan berkesan.
  4. Melaksana Pelan tindakan media bagi isu-isu berbangkit.
  5. Mengatur dan menyelaras sidang media dan publisiti bagi aktiviti rasmi kementerian/Jabatan Kesihatan Negeri /Hospital.

Carta Organisasi

 

UNIT MEDICO LEGAL

PROFAIL

  Ketua Unit

FUNGSI

UNIT PENYELIDIKAN KLINIKAL (CRC)

TEL: 09-557 2922

PROFAIL


Dr Selva Kumar Al Sivapuniam
Ketua Unit
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Introduction

The Clinical Research Centre Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (CRC HTAA) Pahang has been operational since November 2003 as part of the Network of Clinical Research Centres of the Ministry of Health (MOH). The objectives for the setting up of CRC HTAA include: to cultivate a research culture among clinicians, compilation of information regarding all clinical research activities carried out in HTAA, and provide assistance to researchers. In the long term, CRC HTAA aims to ensure excellence and quality of clinical trails and establishing a centre of excellence in specific clinical areas. Among services to researchers include providing guidelines on application to conduct drug related clinical trials, procedures for getting grants, coordination with other departments and role as Contract Research Organization (CRO).


Vision

To be a leading regional clinical research organization in the east coast of Malaysia

Mission

To improve patient’s outcomes through quality and ethical clinical research

Services

Clinical Research Centre Pahang will provide services for clinicians,health managers,paramedics and those who are interested in research where the centre will support them to plan and conduct their clinical research.

Services that are available:-

  1. Provide guidelines for application to conduct drug related clinical trial in Malaysia.
  2. Procedures for getting grant.
  3. Coordinate with other department.
  4. Role as contract research organization.

Types of Clinical Research Undertaken by CRC:-

* Clinical trials
* Health outcomes research
* Clinical economics research
* Clinical epidemiological research

Supporting services provided to hospital staff:-

* Research consultation
    –| Data entry, analysis
    –| Methodology
    –| Protocol writing, writing abstract
    –| Poster presentation

* NMRR registration
* NMRR talk/briefing
* Supervisory for midwifery student

Planner 2018

Month

Workshop

Date

 January

 Basic Research Methodology &Biostatistics

 21st -22nd

 February

 Introduction to Clinical Research (Medical Drs / Pharmacy)-

 26th -28th

 March

 GCP Refresher Course

 TBC

 April

 Roadshow NMRR & Research Consultation

 TBC

 May

 Introduction to Clinical Research (Other allied health sciences)

 9th – 10th

 July

 GCP Workshop

 25th – 27th

 August

 Advanced Statistics

 14th – 15th

 September

 Pahang Scientific Meeting

 TBC

 October

 Validation Questionnaire

 Roadshow NMRR - university

 5th -6th

 November

 Scientific Writing Workshop

 TBC


CARTA ORGANISASI

Save

Save

Save

UNIT KEJURUTERAAN OPERASI

TEL: 09-557 2222 samb. 3182

PROFAIL

Siti Noriham binti Suhaimi
Ketua Unit
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

VISI

Menjadi organisasi yang cekap dan berkemahiran dalam menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang berkualiti dan berinovatif dalam sektor kesihatan.

MISI

Untuk membekalkan perkhidmatan yang berkualiti, bermutu, dan tepat kepada pemantauan perkhidmatan kejuruteraan, dan perkhidmatan sokongan hospital.

OBJEKTIF

  1. Memastikan Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS), Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Fisiliti (FEMS), Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS), Perkhidmatan Pembersihan (CLS), Perkhidmatan Pengurusan Pendobian dan Linen (LLS) serta Perkhidmatan Pengurusan Sisa Kesihatan (HWMS) yang diberi oleh syarikat konsesi adalah memenuhi kehendak pengguna.
  2. Memberi khidmat nasihat teknikal yang spesifik mengikut skop bagi  memenuhi kategori Perkhidmatan Sokongan Hospital.
  3. Menjalankan pemantauan projek pembangunan dan kejuruteraan serta memastikan setiap aspek teknikal adalah berpandukan kepada pematuhan terhadap arahan kerja serta prosedur yang betul.

FUNGSI

  1. Perkhidmatan FMS, FEMS, BEMS, CLS, LLS dan HWMS yang diberikan kepada pihak pengguna mestilah sempurna dan     mencapai objektif pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Semua khidmat nasihat teknikal kepada pihak hospital dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  3. Melaksanakan pemantauan projek pembangunan dan kejuruteraan dengan berkesan dan projek-projek dapat disiapkan mengikut tempoh kontrak yang telah ditetapkan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Sentiasa komited dalam melaksanakan pemantauan aktiviti perkhidmatan sokongan hospital yang diswastakan di hospital:
  2. Memastikan tindakan pembaikian aduan kerosakan bagi FEMS dan BEMS dapat diselesaikan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  3. Memastikan perkhidmatan pembersihan adalah bebas dari kotoran, tidak berhabuk, tidak berbau dan selesa.
  4. Memastikan bekalan kainan dibekal secukupnya mengikut nilai par setiap hari.
  5. Melaksana kajian kepuasan pelanggan dan menyediakan laporan penilaian prestasi Syarikat Konsesi 2 kali setahun.
  6. Menyelaras semua aktiviti berkaitan perkhidmatan kejuruteraan di hospital.

CARTA ORGANISASI

SENARAI NAMA PEGAWAI/KAKITANGAN, NO. TELEFON & EMEL

 Nama  Jawatan  Tel. (samb.)  Emel
 Muhammad Johari bin Said  Penolong Jurutera Hospital  2372  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 Mohd Syaifullizan bin Mohd Nor
 Pembantu Tadbir (P/O)  3182  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PERKHIDMATAN DAN PRODUK YANG DISEDIAKAN

  • Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS)
  • Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS)
  • Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS)
  • Perkhidmatan Pembersihan (CLS)
  • Perkhidmatan Pengurusan Pendobian dan Linen (LLS)
  • Perkhidmatan Pengurusan Sisa Kesihatan (HWMS)
  • Khidmat Nasihat teknikal

PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT

  1. Menjalankan Kerja-kerja Penggantian Sistem Perpaipan Bagi Bekalan Air Domestik Termasuk Kerja Lain berkaitan di HTAA
  2. Menjalankan Kerja-kerja Penggantian Peralatan Bagi Sistem Penyaman Udara Berpusat Termasuk Kerja Lain Berkaitan di HTAA
  3. Menjalankan Kerja-kerja Naiktaraf MSB
  4. Menjalankan Kerja-kerja Penggantian Lif
  5. Menjalankan Sustainability Program di HTAA
  6. Pemantauan keseluruhan Perkhidmatan Sokongan Hospital

 

JABATAN FARMASI

TEL: 09-557 2186 FAKS: 09-514 8441

PROFAIL JABATAN

  Pn. Samehah Almuna
Ketua Jabatan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Misi Farmasi

Bahagian Perkhidmatan Farmasi , KKM Memastikan ubat-ubatan berkualiti untuk Negara.

Visi Farmasi

Bahagian Perkhidmatan Farmasi , KKM Menerajui pengurusan berkualiti terhadap ubat-ubatan melalui tenaga kerja yang berdaya saing, sains dan teknologi bersesuaian dan perkongsian dengan semua pihak yang berkepentingan.

Objektif Farmasi

Mengukuhkan sistem bekalan supaya dapat memenuhi keperluan farmaseutikal dan lain-lain keperluan perubatan dalam masa yang ditetapkan dengan harga yang paling ekonomi.

Memastikan pesakit mendapat produk farmaseutikal yang berkualiti, selamat dan berkesan serta diberi nasihat dan informasi tentang penggunaan produk farmaseutikal.

FUNGSI JABATAN

  1. Perolehan, Pembekalan dan Kewangan
    • Perolehan, penyimpanan serta pembekalan ubat dan alat-alat untuk kegunaan semua unit di Hospital.
    • Perolehan ubat-ubat dan lat-alat di dibawah program Dasar Baru dan Pembangunan
  2. Perkhidmatan Pesakit Dalam dan Pesakit Luar
    • Mendispen ubat kepada pesakit dalam dan pesakit luar dengan cekap danbeserta dengan maklumat ubat yang optima untuk mencapai rawtan yang efektif
    • Pengawasan preskripsi agar penggunaan ubat adalah rasional dan ekonomi sejajar dengan perkembangan bidang perubatan
    • Memberi perkhidmatan kaunseling pesakit demi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pesakit untuk menggalakkan rasa tanggungjawab dalam penjagaan kesihatan sendiri
    • Penerangan dan maklumat ubat-ubatan bagi meningkat pengetahuan pesakit dan kakitangan perubatan
  3. Perkhidmatan Farmasi Lain
    • Memberi Perkhidmatan Farmasi Wad
    • Memberi Perkhidmatan Farma kokinetik Klinikal
    • Memberi Perkhidmatan Nutrisi Parenterali
    • Memberi Perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik
    • Pengeluaran Sediaan Farma seutikal
    • Memberi Perkhidmatan Pusat Maklumat Ubat dan Racun
    • Pendispensan Rawatan Gantian Methadon
    • Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) untuk HIV/AIDS Perkhidmatan Perolehan dan Bekalan Ubat dan Bekalan Perubatan Bukan Ubat kepadapelanggan dalaman hospital.

PIAGAM PELANGGAN

Farmasi Lobi Makmur

  1. Tidak kurang daripada 90% preskripsi yang diterima oleh Farmasi Lobi Makmur akan di dispens dalam masa 30 minit(dalam waktu pejabat)
  2. Semua preskrips pesakit discaj yang diterima semasa hujung minggu/cuti umum akan di dispens dalam masa tidak melebihi 30 minit.

Farmasi Klinik Pakar, Kompleks Rawatan Harian

  1. Tidak kurang daripada 90% preskripsi yang diterima oleh Farmasi Klinik Pakar akan di dispen dalam masa 30 minit (Dalamwaktupejabat).
  2. Pesakit boleh mendapatkan khidmat kaunseling ubat-ubatan dalam waktu pejabat.
  3. Bagi pesakit yang datang selepas waktu pejabat, khidmat tersebut akan diberi melalui temujanji pada hari bekerja berikutnya.

PERKHIDMATAN /PRODUK YANG DISEDIAKAN

  1. Perkhidmatan bekalan ubat kepada pesakit-pesakit luar dari klinik-klinik pakar, jabatan kecemasan dan pesakit discaj.
  2. Perkhidmatan bekalan ubat dan bekalan lain kepada pesakit-pesakit dalam wad
  3. Perkhidmatan 'Total Parenteral Nutrition' kepada pesakit dalam wad
  4. Perkhidmatan Rekon stitusi Ubat Sitotoksik untuk rawatan pesakit-pesakit dalam wad
  5. Perkhidmatan Farma kokinetik
  6. Perkhidmatan farmasi klinikal saperti kaunseling ubat, farmasi nefrologi, farmasi onkologi, farmasi nutrisi parenteral, jagaan kritikal dan perubatan am.
  7. Perkhidmatan Pusat Maklumat Ubat dan Racun
  8. Pendispensan Rawatan Gantian Methadon
  9. Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) untuk HIV/AIDS
  10. Perkhidmatan Perolehan dan Bekalan Ubat dan Bekalan Perubatan Bukan Ubat kepada pelanggan dalaman hospital serta bagi Program Kesihatan Awam dan Pergigian seluruh daerah Kuantan.

PENERBITAN

Buletin Farmasi Bil.1/2017  Buletin Farmasi Bil.1/2018 Buletin Farmasi Bil.1/2019
Buletin Farmasi Bil.2/2017  Buletin Farmasi Bil.2/2018  
Buletin Farmasi Bil.3/2017  Buletin Farmasi Bil.3/2018  

 

 

Back To Top

Save

Save

Save

Save

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA