JABATAN PERUBATAN REHABILITASI

TEL: 09-557 2222 samb. 3180

PROFIL

 

Dr. Nor Shahizan Binti Mohd Redzuan
Ketua Jabatan


Visi

Mewujudkan sebuah pusat perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang cemerlang.

Misi

Memberi kepuasan yang menyeluruh melalui perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan beretika , secara cekap dan professional untuk memenuhi dan ekspektasi semua pelanggan.

Objektif

Umum : Menyediakan perkhidmatan rehabilitasi secara menyeluruh dan bersepadu kepada pelanggan mengikut keperluan untuk mencapai kefungsian dan kualiti hidup yang maksima.

Khusus : Menyediakan perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang meliputi diagnostik , teraputik dan pencegahan kepada pelanggan sama ada pesakit luar mahu pun pesakit yang menerima rawatan dalaman dengan mengamalkan penggunaan teknologi yang sepadan dan memperkayakan sikap budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Fungsi

Utama 1 : Perkhidmatan

Sub fungsi: 

  1. Perawatan pesakit dalam
  2. Perawatan pesakit luar

Utama 2 : Pentadbiran

Sub fungsi:

  1. Pentadbiran Am
  2. Pengurusan sumber manusia
  3. Pengurusan kewangan

Piagam Pelanggan

  1. Setiap pelanggan akan menerima rawatan, penjagaan perubatan yang selamat, profesional dan berkualiti di hospital ini.
  2. Setiap pelanggan yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital yang sesuai.
  3. Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kemuliaannya akan dipelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai pelanggan, penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya akan dimaklum kepada pihak tertentu dengan keizinan pelanggan terlebih dahulu tertakluk kepada undang-undang.
  4. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik,mesra, bertimbangrasa, cekap dan amanah.
  5. Setiap pelanggan atau waris akan diberi makluman yang jelas tentang keadaan, penyakit dan rawatan termasuk risiko yang berkaitan.
  6. setiap pelanggan digalakkan untuk mengemukakan sebarang cadangan kepada pengurusan hospital untuk tindakan sewajarnya.

Perkhidmatan Dan Produk Yang Disediakan

  1. Perawatan rehabilitasi Perubatan Saraf dan Pembedahan Saraf.
  2. Perawatan Rehabilitasi Kecederaan Saraf Tunjang
  3. Perawatan Rehabilitasi Amputee
  4. Perawatan Rehabilitasi Pediatrik
  5. Perawatan Rehabilitasi Jantung
  6. Perawatan Rehabilitasi Umum
  7. Preskripsi Alatan bantuan perubatan

 

Aktiviti 2018

Spina Bifida Awareness Day 2018

Majlis Perhimpunan Pagi Bulan Mac 2018

Mesyuarat Agung Kali Ke-8/2018 & Bengkel Penguasaan Skil Berkerusi Roda


 

Carta Organisasi


UNIT KAWALAN INFEKSI

TEL. : 09 557 2983

 

PROFAIL

Dr. Dzawani Binti Muhamad
Pengerusi Kawalan Infeksi


PENGENALAN

Hospital Menempatkan sejumlah pesakit yang mempunyai system imun atau ketahanan tubuh yang lemah. Petugas perubatan bergerak dari pesakit ke pesakit sekali gus menyediakan ruang kepada pathogen untuk tersebar .Healthcare Associated Infection’ adalah jangkitan yang di perolehi oleh pesakit atau anggota kesihatan selepas 48 jam berada di hospital. Tanda dan gejala muncul semasa pesakit masih berada di hospital  atau selepas discaj dari wad. Sekiranya menjalani pembedahan selama 30 hari dan sekiranya mempunyai implant sehingga setahun. Luka pembedahan yang dijangkiti oleh microorganism , radang di salur pernafasan selepas mendapat rawatan melalui mesin pernafasan (ventilator) adalah contoh jangkitan hospital. Jangkitan hospital mendatangkan beban yang ketara terhadap pesakit dan kesihatan awam kerana ia merupakan punca utama kes morbidity dan Mortaliti.

‘Healthcare Associated Infection’ adalah satu masalah yang amat serius , jika tindakan atau pencegahan tidak ditangani segera. Ia bukan sahaja mampu mengakibatkan kesengsaraan dan kematian kepada pesakit tetapi sekali gus meningkatkan kos hospital dari segi kakitangan dan peralatan serta ubatan. Pemantauan terhadap kes-kes ‘Healthcare Associated Infection’ yang berterusan adalah amalan pencegahan dan kawalan oleh Unit Kawalan Infeksi supaya kes –kes tidak menjadi wabak. Had pemindahan organisma antara pesakit dalam penjagaan persekitaran secara langsung dengan cara pembersihan tangan dengan betul , mengawal persekitaran yang berisiko untuk jangkitan, melindungi pesakit melalui penggunaan antimicrobial prophylasis , meningkatkan amalan penjagaan kakitangan - pesakit dan mendidik petugas kesihatan secara berterusan . Amalan mencuci tangan dan mematuhi amalan standard precaution di kalangan warga kerja HTAA sendiri dapat mencegah dan  mengawal  / mengurangkan kejadian ‘Healthcare Associated Infection’.

Unit Kawalan Infeksi Hospital adalah merupakan sebuah unit sokongan yang memberi perkhidmatan pemantauan untuk mengurangkan kes ‘Healthcare Associated Infection’, di Hospital Tengku Ampuan Afzan . Pengerusi Kawalan Infeksi ialah Pakar Penyakit Berjangkit yang di bantu oleh seorang Setiausaha , seorang Penyelia Jururawat U42 dan seorang Penyelia Jururawat U36, dan 7 Orang Jururawat Kawalan Infeksi.

MISI

  • Mengawal kadar ? Healthcare Associated Infection ” ketahap yang paling minima.

VISI

  • Pemantauan dan pengawalan bagi mengurangkan kejadian ? Healthcare Associated Infection ” di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

OBJEKTIF

Unit ini mempunyai objektif berikut:

  • Meningkatkan kualiti didalam penjagaan pesakit dalaman daripada jangkitan silang
  • Menekankan garispanduan dan polisi untuk digunapakai bagi mengurangkan risiko jangkitan di hospital.
  • Memastikan kakitangan mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan prosedur keselamatan bagi melindungi kakitangan daripada mendapat jangkitan dan kemalangan mengikut OSHA.
  • Mengadakan latihan dan pembelajaran berterusan bagi kakitangan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
  • Membuat rumusan dan kajian bagi meningkatkan kualiti di dalam pencegahan kejadian ? Healthcare Associated Infection ” di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

Klinikal

  1. Berhubung rapat dengan ahli perubatan mikrobiologi hospital dan doktor.
  2. Menyelia dan nasihat mengenai dasar-dasar teknik pengasingan dan prosedur secara amnya dan dalam keadaan klinikal tertentu.
  3. Memberi nasihat klinikal dan sokongan kepada jururawat, pengunjung dan kakitangan lain bukan klinikal.
  4. Menganalisa dan memberi maklum balas mengenai laporan mikrobiologi kepada  ketua jabatan
  5. Memberi nasihat klinikal dan sokongan kepada penjagaan kesihatan profesional lain, kakitangan sokongan dan agensi luar berkenaan dengan isu-isu sosial yang timbul daripada perkara-perkara kawalan jangkitan
  6. Menyediakan garis panduan dan sokongan kepada Link Nurses.

Surveillance / pemantauan

  1. Menyelaras aktiviti pengawasan hospital
  2. Mengumpul maklumat yang berkaitan termasuk kajian point prevalence survey pada penjagaan kesihatan yang berkaitan - audit klinikal / antibiotik , hand hygiene dan lain-lain.

Penyelarasan / Organisasi Aktiviti Kawalan Jangkitan

  1. Mengenal pasti bahaya jangkitan yang berpotensi dan mencadangkan tindakan pembetulan yang sesuai untuk kakitangan yang berkaitan
  2. Bekerjasama dengan Pasukan Kawalan Infeksi hospital untuk mengenal pasti, menyiasat dan mengawal wabak.
  3. Bekerjasama dengan Pasukan Kawalan Infeksi hospital dan doktor tentang pemantauan rutin unit seperti Unit Rawatan Rapi dan Unit penjagaan intensif bayi, terutamanya yang  terdedah kepada jangkitan.

Pentadbiran

  1. Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan dasar-dasar kawalan infeksi.
  2. Memantau pematuhan dengan dasar kawalan infeksi, termasuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan secara langsung dengan audit.
  3. Menyediakan laporan tepat pada masanya.
  4. Memberitahu kakitangan mengenai pelbagai aspek kawalan infeksi dan keselamatan kesihatan pekerjaan

Pendidikan

  1. Mengambil bahagian dalam program-program pengajaran formal dan rasmi untuk semua pekerja kesihatan.
  2. Mengikuti kemajuan terkini dengan membaca literatur yang berkaitan dan menghadiri kursus yang sesuai , mesyuarat dan pameran.
  3. Nasihat kakitangan berkaitan dengan bahaya microbiologic dalam keselamatan kesihatan pekerjaan.
  4. Mengambil bahagian dan menyelaras Kempen pendidikan berkaitan kawalan infeksi - seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik Hospital (HIACC).

Aktiviti peningkatan penyelidikan dan kualiti

  1. Mengambil bahagian dengan ahli mikrobiologi dan kakitangan klinikal yang sesuai pada projek-projek penyelidikan yang berkaitan dengan jangkitan hospital
  2. Menilai pelaksanaan teknik kawalan jangkitan
  3. Aktiviti Audit kawalan infeksi

Tugas-tugas Khas

  1. Membuat tugas-tugas lain dan tambahan dari masa ke semasa seperti yang di arahkan oleh pegawai atasan yang berkaitan.
  2. Bertugas atas panggilan - Membuat rondaan dan pemantauan di wad berkaitan perlaksanaan serta  pematuhan polisi kawalan infeksi oleh kakitangan bertugas pada hari kelepasan mingguan.
  3. Menyelaras Wad Isolasi apabila terdapat kes yang memerlukan pengasingan seperti semasa berlakunya wabak.

SENARAI KAKITANGAN

  • Kalarani Maruthai Jururawat  - U44
  • Rashidah Abu Bakar Jururawat  - U42
  • Tuan Sharmila Tuan Yusof Jururawat - U42
  • Siti Norsuhada binti Jamaludin Jururawat -  U32
  • Fauziah Binti Abdul Malek Jururawat -  U32
  • Cik Laila Binti Che Isa Jururawat -  U32
  • Zubaidah Binti Ngah Jururawat -  U32
  • Hazira Binti Mohd Apandi Jururawat -  U32 (KUP)
  • Rosmini Binti Nordin - Jururawat U32 ( KUP)

Carta Organisasi

POLISI - PREVENTION OF INFECTION CONTROL

  • Isolation Ward
  • Standard and Additional Precautions

 

Back To Top

Save

UNIT KEJURURAWATAN

Tel : 09-557 2043

PROFAIL

Matron Zurahani binti Muhammad
Ketua Unit

 

Objektif

Untuk menyediakan penjagaan kejururawatan sesuai kualiti yang cekap dan mencukupi secara proaktif untuk memenuhi pelanggan keperluan dan dengan penekanan kepada keperluan fizikal, psikologi, sosial dan rohani individu. Kami akan menyediakan dan mencipta peluang bagi persaudaraan kejururawatan kami untuk meningkatkan kerjaya kejururawatan.

Visi

Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam menyediakan penjagaan kejururawatan berkualiti di Negeri Pahang.

Misi

Untuk memberi perkhidmatan kejururawatan berkualiti melalui penjagaan kejururawatan yang selamat, berkesan dan cekap yang akan menyumbang kepada jumlah keseluruhan penjagaan pesakit.

Fungsi

Melaksanakan perawatan kejururawatan yang holistic kepada setiap pesakit dalaman dan pesakit di klinik-klinik.

Piagam Pelanggan

Mengikut Unit-unit dan Wad-wad yang tertentu.

 


 

Carta Organisasi Kejururawatan     |     Carta Organisasi Penyelia Jururawat     |     Aktiviti Unit

 

PEJABAT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

TEL: 09-557 2222 samb. 2448

PROFAIL

  Haji Mohd Ali bin Abdullah
Ketua Penolong Pegawai Perubatan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

VISI

Untuk menjadikan sebuah pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan pengurusan pesakit dan latihan perubatan secara menyeluruh.

MISI

Melaksanakan perkhidmatan dengan berlandaskan ciri – ciri Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Professionalisme, Khidmat Penyayang dan Kerja Berpasukan.

OBJEKTIF

Melaksanakan, meningkatkan kualiti perkhidmatan, mengadaptasikan, menterjemah dan mengaplikasi maklumat saintifik/ klinikal kepada Penolong Pegawai Perubatan di peringkat hospital.

Merangkumi aspek – aspek penilaian berterusan seperti:

  1. Memastikan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan mencapai piawaian yang sentiasa mesra pelanggan dan bergerak secara komprehensif dan kolektif mencapai kecemerlangan.
  2. Membudayakan penambahbaikan berterusan dengan penekanan kepada tugas klinikal, sikap dan amalan penyayang, pendidikan berterusan, kerja berpasukan dan professionalisme.
  3. Meninggikan daya perolehan imput dan output serta menjamin nilai – nilai budaya kerja yang baik.
  4. Berusaha dari masa ke semasa memantau dan membaiki mutu perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dalam tugas klinikal supaya mencapai taraf kesihatan yang lebih tinggi, efektif, cekap, efisyen dan teratur.
  5. Konsentrasi sepenuhnya bagi memastikan semua Penolong Pegawai Perubatan mempunyai kemahiran melalui perkongsian pintar dan berasaskan ICT dalam bidang perubatan dan kesihatan.

PIAGAM PELANGGAN

CARTA ORGANISASI

KEDUDUKAN TERKINI PERJAWATAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2018

 

KEDUDUKAN TERKINI PERJAWATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN 2018

 

 PENCAPAIAN PENOLONG  PEGAWAI  PERUBATAN  MENGIKUT PENGKHUSUSAN/  KELULUSAN 2018

 

Diharapkan semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh efisyen demi mencapai visi dan misi profession Penolong Pegawai Perubatan.

AKTIVITI 2018

 

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

 

UNIT KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

NO. TELEFON :09-557 2996

PROFAIL JABATAN

   Dr. Nurul Syafinaz bt Ahmad Nazan
 Ketua Unit
 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

Jabatan Kesihatan Awam telah diperkenalkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada tahun 2002. Jabatan ini terdiri daripada 2 unit iaitu Unit Kesihatan Awam dan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH). Unit OSH telah ditubuhkan pada tahun 2014. Jabatan ini terdiri daripada Pegawai Perubatan UD44, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 dan Pembantu Kesihatan Awam U17. Setakat ini terdapat 5 orang pegawai di Jabatan ini.

VISI

Memberikan Perkhidmatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berkualiti untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat, selesa dan sihat untuk wargakerja dan pelanggan.

MISI

Menyediakan perkhidmatan kesihatan dan keselamatan pekerja yang cekap, mesra dan berkualiti berdasarkan nilai etika professional untuk wargakerja dan pelanggan HTAA.

OBJEKTIF

Objektif dibahagikan kepada dua fungsi Jabatan iaitu Unit Kesihatan Awam dan Unit Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan.

PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL

  1. Setiap pelanggan akan menerima rawatan, penjagaan perubatan yang selamat, profesional dan berkualiti di hospital ini.
  2. Setiap pelanggan yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital yang sesuai.
  3. Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kemuliaannya akan diperlihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai pelanggan, penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya akan dimaklum kepada pihak tertentu dengan keizinan pelanggan terlebih dahulu tertakluk kepada undang-undang.
  4. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, cekap dan amanah.
  5. Setiap pelanggan atau waris akan diberi makluman yang jelas tentang keadaan, penyakit dan rawatan termasuk risiko yang berkaitan.
  6. Setiap pelanggan digalak untuk mengemukakan sebarang cadangan kepada pengurusan hospital untuk tindakan sewajarnya.

 Objektif Unit Kesihatan Awam adalah seperti berikut;

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti pencegahan kejadian penyakit berjangkit (termasuk bawaan vektor ; Demam Denggi, Demam Denggi Berdarah) mengikut Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 di kawasan Hospital.
  • Merancang, mengatur dan menyelaras aktiviti Keselamatan Kualiti Makanan mengikut undang-undang kesihatan awam seperti Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985
  • Merancang, menyusun dan menyelaras aktiviti bagi memastikan HTAA bebas dari asap rokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993.
  • Bekerjasama dengan Unit Kawalan Mutu Air Minum di Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan untuk persampelan air minum.
  • Merancang dan menyelaras aktiviti yang berkaitan dengan Penguasaan Akta-Akta Kesihatan Awam di hospital.

Objektif Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) adalah seperti berikut;

  • Melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi melindungi pekerja/ kakitangan daripada risiko semasa bekerja. Mewujudkan Urusetia tetap bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja mengikut seksyen 30 (1) Akta tersebut..
  • Memantau aktiviti keselamatan pekerja oleh setiap Unit atau Jabatan.
  • Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dan pelanggan di HTAA.
  • menyediakan persekitaran tempat berkerja yang selamat, selesa dan sihat.
  • melapor dan menyiasat segala kejadian atau penyakit berhubung dengan pekerjaan.
  • memastikan semua wargakerja sedia diberi maklumat , arahan, latihan dan penyeliaan bagi wargakerja menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
  • menjalankan pemeriksaan, kawalan serta audit keselamatan dan kesihatan yang berkala di tempat kerja.

FUNGSI UNIT KESIHATAN AWAM

  • Kawalan Penyakit Berjangkit
  • Penguatkuasaan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
  • Pemantauan Vektor
  • Kebersihan dan Kualiti Makanan

FUNGSI UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

  • Pemeriksaan kesihatan anggota berumur > 40 tahun
  • Pemeriksaan anggota terdedah kepada Sinaran X-ray
  • Program Immunisasi Hepatitis B dan H1N1
  • Klinik anggota/kakitangan dan Klinik Kesihatan Pekerjaan
  • Program ”NSI Spot Inspection” dan ”TB spot Inspection”
  • JKKP
  • QA kecederaan tersusuk jarum
  • Audit Keselamatan di tempat kerja

 

UNIT KESIHATAN PERSEKITARAN

OBJEKTIF UMUM

Melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan Unit Keselamatan dan Kesihatan di Hospital. Untuk menyediakan penggunaan tenaga pekerja yang optima bagi menghasilkan output dan mewujudkan suasana/ budaya kerja di hospital dan persekitarannya yang cemerlang, ceria, selesa selamat serta terkawal daripada punca jangkitan penyakit dan menjadikan hospital sebagai fokal point untuk promosi kesihatan pesakit, keluarga pesakit serta masyarakat sekeliling.

OBJEKTIF KURSUS

  1. Melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi melindungi pekerja/ kakitangan daripada risiko semasa bekerja dengan:· Mewujudkan Urusetia tetap bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja mengiku seksyen 30 (1) Akta tersebut.· Memantau aktiviti keselamatan pekerja oleh setiap Unit atau Jabatan.
  2. Mencegah kejadian penyakit berjangkit (termasuk bawaan vektor) di kawasan Hospital.
  3. Menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam seperti Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993 , Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
  4. Memantau data-data berkaitan untuk dianalisa secara saintifik menggunakan kaedah epidemiologi.

FUNGSI UNIT

Berperanan sebagai unit yang bertanggungjawab merancang, melaksana, memantau serta penilaian keberkesanan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di bawah program seperti kawalan penyakit berjangkit, kawalan mutu makanan, kawalan mutu air minum, kesihatan pekerjaan & kesihatan persekitaran, pendidikan kesihatan, penguatkuasaan undang-undang, pengkalan data epedimiologi dan latihan & penyelidikan.

PERKHIDMATAN/ PRODUK YANG DISEDIAKAN

Berfungsi sebagai unit/ urusetia yang dapat mementau pelaksanaan pelbagai bidang yang berkaitan kesihatan awam dan pelaksanaan dasar-dasar untuk menjaga kepentingan kakitangan dan pelanggan di Htaa. Sejak sekian lama hospital hanya berperanan sebagai institusi khusus untuk pesakit-pesakit yang diberikan perkhidmatan perubatan di peringkat rawatan dan pemulihan. Perkhidmatan tersebut lebih menjurus kepada pesakit dan tidak kepada keluarga pesakit dan mereka yang bertugas di hospital. Oleh itu unit ini bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan dan promosi kesihatan yang berperanan secara tetap dan berterusan selaras dengan inisiatif promosi kesihatan awam di hospital seperti bebas rokok, bebas denggi, hospital sejahtera disamping keperluan mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

 

PROGRAM DAN AKTIVITI JABATAN

PROGRAM BEBAS DENGGI / AEDES DI HTAA

Memastikan HTAA bebas dari pembiakan nyamuk Aedes.

Memastikan J/Kuasa bebas Denggi/Aedes HTAA bagi:-

  • Menyediakan laporan 'survillance' kajian Aedes (mingguan / bulanan).
  • Menjalankan 'spot-check' kajian Aedes oleh J/Kuasa khas
  • Mengatur pamiran/ poster ditempat yang bersesuaian. (suku tahunan)
  • Penyelian pemantauan aktiviti semburan kabus (fogging) (mingguan / bulanan)
  • Mengedar risalah yang berkaitan kepada staff dan orang awam.
  • Menjalankan kajian 'ovitrap' ( mingguan)

AKTIVITI KAWALAN MUTU MAKANAN

Pemeriksaan berkala Premis Makanan di Dapur dan Kawasan Hospital iaitu:-

  • Memastikan premis makanan sentiasa bersih, kemas dan teratur.
  • Memastikan premis sentiasa bebas daripada binatang peliharaan, tikus, lipas dan lalat.
  • Memastikan tempat penyediaan makanan sentiasa bersih, makanan tidak diletakkan di atas lantai.
  • Memastikan ruangan pamir makanan sentiasa bersih, bertutup dan bebas daripada punca pencemaran.

Pemeriksaan Kesihatan berkala ke atas Pengendali Makanan:-

  • Memastikan pengendali makanan digerai dan bahagian dapur hospital sihat dan layak mengendalikan makanan
  • Memastikan setiap pengendali mendapat pelalian pencegahan typhoid dan pemeriksaan kesihatan.
  • Memastikan pengendali makanan sentiasa mengamalkan tabiat yang sihat semasa mengendalikan makanan.

Pemeriksaan terhadap Peralatan dan Tempat Mengisi Makanan/ Minuman:-

  • Memastikan peralatan yang terlibat dalam penyediaan makanan berada dalam keadaan yang baik, bersih dan selamat, tahap kebersihan yang sempurna, tempat membasuh yang mencukupi, tempat penyimpanan peralatan yang bersih selepas penyucian.

Mengadakan dan memberi kursus/ taklimat/ secara berkala dan rutin Pendidikan Kesihatan:-

  • Memberi pendidikan kesihatan kepada semua pengendali makanan mengenai menjaga kebersihan diri, tunjuk ajar teknik-teknik dari segi menjaga kebersihan diri, cara berpakaian, cara mengelakkan pencemaran, cara penyimpanan, cara menghidang dsbnya. Mereka juga didedahkan untuk mengikuti latihan / kursus yang disediakan.

Menjalankan Pemeriksaan Premis Makanan:-

  • Memastikan premis berada dalam prestasi yang baik iaitu akan membuat pemeriksaan berkala dan berterusan sama ada secara sendiri atau bersama Unit Kawalan Mutu Makanan atau Penguatkuasa dari PKD Kuantan.

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993

  • Memastikan tanda larangan merokok dipasang ditempat-tempat yang sesuai dan mencukupi jumlahnya.
  • Menjalankan rondaan di sekitar kawasan hospital untuk memastikan Peraturan larangan merokok dipatuhi sepenuhnya oleh semua.
  • Mengenakan kompaun kepada perokok yang melanggar peraturan merokok di kawasan hospital.
  • Memastikan/ mengambil tindakan pendakwaan ke mahkamah bagi perokok yang gagal menjelaskan kompaun dalam tempuh ditetapkan. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa penyakit 1975 Pin. 2000
  • Menggunakan Akta ini bagi mengawal pembiakan vektor penyakit di hospital seperti nyamuk Aedes, lalat, lipas dan tikus.
  • Mengeluarkan kompaun kepada mereka yang bertanggung jawab membiarkan vektor tersebut membiak di tempat-tempat tertentu di bawah jagaan mereka.

KAWALAN MUTU AIR MINUM

  • HTAA perlu memastikan bekalan air terawat yang diterima adalah selamat untuk digunakan sebagai minuman, masak memasak, penyucian, dan sebagainya. Jadual perancangan pengambilan contoh air adalah setiap suku tahun.

ANALISISI KUALITI AIR KUMBAHAN (EFFLUENT)

  • Memastikan sijil analisisi air kumbahan (effluent) yang dihantar oleh pihak Kompeni Consesi (Radicare) secara bulanan mematuhi piawaian berdasarkan garispanduan 'Environmental Quality ( Sewage & Industrial Effluent ) Regulation 1977.

MEMANTAU PENGURUSAN DATA

  • Sentiasa berhubung rapat dengan jabatan rekod Htaa, kemasukan/ pendaftaran dan wad-wad untuk memastikan pengurusan data (rekod, Laporan, retan, notifikasi) kepada saluran yang berkaitan seperti Pejabat  Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri, Vektor Negeri dan Agensi terlibat lain disamping membuat analisa secara saintifik menggunakan kaedah epidemiologi.

 

Carta Organisasi

 

 

Save

Save

Save

Save

Save

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA