UNIT TERAPI PERTUTURAN DAN BAHASA (SPEECH)

Tel : 09-557 2771

 

NUR FAZILAH BT MOHD SHAHARUDDIN
KETUA UNIT


Pendahuluan

Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa adalah satu perkhidmatan yang diberikan kepada individu yang mengalami kecelaruan pertuturan, bahasa, suara, komunikasi, penelanan dan feeding.

Khidmat ini merangkumi :

  1. Penilaian dan diagnosis pertuturan-bahasa dan penelanan
  2. Intervensi pertuturan-bahasa dan penelanan
  • Konsultasi pertuturan-bahasa dan penelanan
  1. Pencegahan dan pendidikan pertuturan-bahasa dan penelanan
  2. Dokumentasi kes pertuturan-bahasa dan penelanan
  3. Kolaborasi dan rujukan kepada profesional lain

Perkhidmatan ini diberikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) iaitu profesional yang berkelayakan mengendalikan individu yang mengalami kecelaruan pertuturan, bahasa, suara, komunikasi, penelanan dan feedingmelalui penilaian, diagnosis dan intervensi yang bersesuaian.

Visi

Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa akan memberikan perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa dan penelanan yang terbaik kepada semua pesakit demi menjamin kualiti hidup yang lebih sempurna.

Misi

  1. Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa akan memberi terapi pertuturan-bahasa dan penelanan yang berkualiti secara berterusan kepada pesakit.
  2. Pesakit akan diberi rawatan yang bersesuaian dalam persekitaran yang mesra dan kondusif.
  3. Kerahsiaan pesakit dihormati dan dipelihara oleh kakitangan yang profesional, penyayang dan kerja sepasukan.
  4. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) sentiasa dinamik bagi meningkatkan kepakaran dan pengalaman dengan menghadiri program latihan secara berterusan.

Objektif

  1. Kualiti hidup individu bermasalah pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan meningkat melalui program intervensi awal, konsultasi dan program pendidikan berterusan.
  2. Kesedaran masyarakat awam mengenai masalah pertuturan bahasa, komunikasi dan penelanan serta rawatan yang tepat dan bersesuaian meningkat.

Piagam Pelanggan

  1. Memberi perkhidmatan yang cekap di dalam persekitaran yang mesra dan kondusif.
  2. Memberi perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa dan penelanan kepada pesakit yang dirujuk oleh pengamal perubatan mengikut temujanji serta giliran dalam masa dan tempoh yang telah ditetapkan.
  3. Memastikan pesakit diberi temujanji berikutnya (jika perlu) dan memberi program latihan di rumah selepas tamat sesi rawatan.
  4. Memastikan bahawa;
    1. Pesakit dalam yang dirujuk dilihat/dirawat dalam tempoh 3 hari bekerja.
    2. Pesakit luar dilihat/dirawat dalam tempoh 15 minit – 45 minit mengikut masa temujanji yang ditetapkan.

Jadual Klinik

HARI MASA PESAKIT
ISNIN PAGI ·         TerapiPertuturan Bahasa (KesUlangan)
  PETANG ·         TerapiPertuturan Bahasa (KesUlangan)
SELASA PAGI ·         TerapiPertuturan Bahasa (KesUlangan)
  PETANG ·         TerapiPertuturan Bahasa (KesUlangan)
RABU PAGI ·         TerapiPertuturan Bahasa (KesBaru)
  PETANG ·         TerapiPertuturan Bahasa (KesBaru)
KHAMIS PAGI ·         TerapiPertuturan Bahasa (KesUlangan)
  PETANG ·         TerapiPertuturan Bahasa (KesUlangan)
JUMAAT PAGI ·         TerapiPertuturan Bahasa (KesUlangan)
  PETANG ·         Pengurusan.

 


UNIT PENDENGARAN (AUDIOLOGI)
Tel : 09-557 2771

 

WAN MOHD ASHRUL BIN WAN MAHAMAD LOKMAN
KETUA UNIT


Pendahuluan

Unit Audiologi menyediakan pemeriksaan pendengaran secara komprehensif dalam mengesan dan mendiagnosis anomali sistem pendengaran dan memberi rawatan kefungsian masalah pendengaran. Di samping itu, langkah-langkah pencegahan masalah pendengaran juga dijalankan sejak dari awal bagi mengesan masalah pendengaran. Antara aspek penting dalam perkhidmatan pendengaran adalah penjagaan, pemulihan, terapi dan rehabilitasi pendengaran.

Visi

Memastikan kesihatan pendengaran berkualiti dengan perkhidmatan yang komprehensif dan efisyen bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat

Misi

Menyediakan sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan pendengaran dengan pelaksanaan, pengesanan dan intervensi awal masalah pendengaran di kalangan masyarakat serta meningkatkan kualiti perkhidamtan audiologi dengan menerapkan ilmu dan teknologi terkini.

Piagam Pelanggan

  1. Setiap pesakit akan diberikan layanan yang profesional dan cekap.
  2. Setiap pesakit akan diberikan layanan yang cepat, penyayang dan mesra tanpa mengira umur, jantina, latar belakang serta taraf sosio-ekonomi.
  3. Setiap pesakit akan menunggu untuk rawatan tidak melebihi 30 minit.
  4. Setiap temujanji pesakit baru tidak akan melebihi 8 minggu.
  5. Setiap pesakit boleh mendapat khidmat nasihat dan penerangan yang jelas mengenai perkhidmatan yang diberikan.

Sumber Manusia

Unit Audiologi di ketua oleh seorang ketua unit dan 4 orang pegawai :

  1. En Wan Mohd Ashrul Bin Wan Mahamad Lokman - Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) U44
  1. Pn Noor Izyani Othman - Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) U44
  1. Cik Amnah Mohamad Noor - Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) U41
  1. Pn Nurul Diyana Suhaimi - Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) U41
  1. Pn Nik Amnah Nik Mohd - Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) U41

Jadual Klinik

HARI MASA PESAKIT
ISNIN PAGI

·         Rujukan dari SCN

·         Rujukan dari Hospital Daerah, KK, KD

·         Bayi untuk ujian ABR

  PETANG ·         Pelajar Sekolah Rendah
SELASA PAGI ·         N/C, Kes Rujukan (Dewasa Sahaja)
  PETANG ·         Pelajar Sekolah Menengah & Rendah
RABU PAGI ·         Semua Pesakit Alat Bantu Dengar Sahaja
  PETANG

·         Kes Rujukan – Hospital Daerah , KK, KD

·         Pesakit Dewasa & Kanak-kanak

KHAMIS PAGI ·         N/C, Kes Rujukan (Dewasa Sahaja)
  PETANG ·         N/C, Kes Rujukan (Kanak-kanak Sahaja)
JUMAAT PAGI

·         N/C, Kes Rujukan (Hospital Kemaman Sahaja)

·         Dewasa & Kanak-kanak

  PETANG ·         Pengurusan

 

 JABATAN NEUROSURGERI

PROFAIL

  Mr. Mohd Aidil Bin Mohd Nor
Ketua Jabatan & Pakar Bedah Neurosurgeri
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENDAHULUAN

Neurosurgeri adalah suatu bidang kepakaran yang melakukan perawatan secara pembedahan atau perubatan bagi kes-kes yang melibatkan ganguan fungsi otak, saraf tunjang dan saraf periferi. Perkhidmatan ini, walaupun ‘sophisticated’ dan ‘delicate’ ianya adalah sangat diperlukan di semua peringkat komuniti, baik di Bandar, luar Bandar,golongan berpendapatan tinggi mahupun rendah. Perkhidmatan Neurosurgeri memerlukan hampir 70% perawatan kecemasan atau segera. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan, institusi awam memainkan peranan penting dalam menyampaikan perkhidmatan ini  kepada semua golongan yang memerlukan perawatan tersebut.

MISI

Jabatan Neurosurgeri HTAA begitu komited dan  akan sentiasa memastikan perkhidmatan perawatan kepakaranya  adalah yang terbaik dan berkesan secara professional bagi mengelakan sebarang komplikasi serta mengurangkan pembaziran dalam kos perawatan pemulihan dan rehabilitasi.

 VISI

Menjadikan Hospital Tengku Ampuan Afzan ( HTAA ) Kuantan salah satu “segi tiga Hub Wilayah Timur” menawarkan perkhidmatan Kepakaran Neurosurgeri selain Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kuala Terenganu

OBJEKTIF 

  1. Menyiasat dan memberikan rawatan kepakaran secara pembedahan atau perubatan ke atas semua penyakit­-penyakit otak dan saraf
  2. Memberikan latihan kepada staf-­staf sokongan seperti Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih tentang ‘OT technique’, ‘patient care’ dan ‘ward management’ di dalam bidang perawatan Neurosurgeri.

PIAGAM PELANGGAN

Menyediakan Perkhidmatan Perubatan Rawatan Pakar yang cekap dan berkualiti melalui amalan budaya penyayang,profesionalisme,kerja berpasukan,berteknologi sesuai dan serasi pelanggan  bagi memenuhi Keperluan Pelanggan dan warga kerja.

Memastikan perkhidmatan rawatan mengikut piawaian yang diterima pakai melalui sistem pemantauan yang berterusan dan kemahiran profesionalisma melalui latihan dalam pembelajaran berterusan.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

RAWATAN PESAKIT LUAR

Rawatan Pesakit luar bagi kes­-kes rujukan dan rawatan ulangan di klinik Neurosurgeri

  • Klinik Rawatan susulan Pakar diadakan sebanyak 3 hari seminggu bermula jam 2.00petang pada setiap hari Selasa,Rabu dan Khamis. ( Kecuali Cuti Umum )

Semua pesakit diberikan pemeriksaan dan penyiasatan yang teliti yang mana pesakit dan waris­-waris mereka diberikan penerangan yang teliti tentang cara perawatan dan risiko jika ada mengenai sesuatu penyakit.

PROGRAM KLINIK RAWATAN SUSULAN LUAR PAKAR NEUROSURGERI KE HOSPITAL­ DAERAH.

Perancangan dan perbincangan dengan  pengarah hospital-hospital daerah seluruh Negeri Pahang telah direncanakan bagi menjayakan program tersebut bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan pesakit-pesakit neurosurgeri serta waris-waris datang bagi temujanji berhampiran dengan tempat tinggal mereka . Ianya mengurangkan kos dan bebanan kepada waris dan pesakit itu sendiri.

Buat masa terkini sebanyak 2 Hospital Daerah yang telah dilaksanakan dan akan diteruskan kepada hospital-hospital daerah yang lain pada masa akan datang.

  • HOSPITAL PEKAN
  • HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH TEMERLOH

PUSAT RUJUKAN

Berfungsi sebagai pusat rujukan bagi negeri Pahang dan selatan Terengganu. Jabatan ini sedia menerima dan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada semua kes­-kes yang dirujuk oleh mana­mana Hospital kerajaan dan swasta serta mana-­mana klinik kerajaan dan swasta.

RAWATAN PESAKIT DALAM WAD

Memberikan perawatan kepakaran Neurosurgeri yang bermutu kepada semua pesakit -pesakit yang di masukkan ke wad Neurosurgeri termasuklah unit rawatan rapi neurosurgeri

RAWATAN PEMBEDAHAN

Memberikan rawatan pembedahan kepakaran Neurosugeri meliputi pembedahan kecemasan dan elektif kepada pesakit serta  menjalankan pembedahan ‘combine’ dengan lain-­lain kepakaran pembedahan Spinal Orthopedik, ENT dan lain­-lain.

PERKHIDMATAN NEURO-REHABILITASI

Perkhidmatan  ini di jalankan dengan kerjasama Jabatan Rehabilitasi secara aktif bermula tahun 2015 bagi pesakit-pesakit neuro yang memerlukan rehabilitasi diperingkat akut dan sub-akut seperti fisioterapi respiratori, menghalang dan mengurangkan komplikasi seperti  pneumonia, contractures dan kudis tekanan serta untuk mempercepatkan proses pemulihan. Ianya meliputi perawatan ;

  • Neurokognitif rehabilitasi
    • Penilaian dan terapi kognitif untuk pesakit yang telah mengalami masalah kognitif seperti memori dan fokus setelah mengalami kecederaan kepala/ stroke
    • Memulakan ubat-ubatan untuk mempercepatkan proses pemulihan kognitif
  • ADL & gait  Re-training
    • Memaksimumkan kefungsian pesakit dalam menjalani aktiviti seharian dan kemampuan ambulasi setelah mengalami kelumpuhan anggota
    • Meningkatkan kualiti hidup pesakit dan penjaga
    • Meningkatkan tahap keberdikarian pesakit
  • Program kembali bekerja
    • Menilai dan melatih pesakit agar dapat kembali bekerja mengikut kemampuan pesakit
    • Membuat lawatan dan penilaian di tempat kerja
    • Menjalankan klinik kembali berkerja dengan kerjasama pihak PERKESO
  • Pre- driving / home / school assessment
    • Penyediaan dan penilaian pesakit sebelum kembali memandu
    • Mengadakan lawatan ke rumah dan sekolah bagi menilai keadaan persekitaran pesakit dan memudahkan pesakit untuk integrasi ke dalam komuniti.
  • Lain-lain :
    • Perkhidmatan Neuro icu rehab care: perkhidmatan ini akan dijalankan oleh juru pulih anggota dari unit fisioterapi dan juru pulih cara kerja dari unit Pemulihan Cara Kerja
    • Care giver training program: program ini bertujuan untuk persediaan penjaga sebelum discaj dari hospital tentang penjagaan pesakit yang terlantar dan memerlukan penjagaan sepenuh masa. Edukasi ini penting untuk mengurangkan masalah komplikasi dan tempoh tinggal di hospital yang berpanjangan.

AKTIVITI

  ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
PAGI

-MPO

-PEMBEDAHAN ELEKTIF

-RONDAAN WAD

-MPO

-RONDAAN WAD

-Grand round bersama unit rehabilitasi

-MPO

-RONDAAN WAD

-Grand round bersama unit kawalan infeksi

-MPO

-RONDAAN WAD

 -MPO

-RONDAAN WAD

PETANG

-PEMBEDAHAN ELEKTIF     

-RONDAAN WAD

-KLINIK NEUROSURGERI (KES-KES RAWATAN LANJUTAN  

-RONDAAN WAD

-KLINIK NEUROSURGERI (KES-KES RAWATAN LANJUTAN  

- RONDAAN WAD

-KLINIK NEUROSURGERI (KES-KES RAWATAN LANJUTAN DAN BARU) 

-RONDAAN WAD

CPC RADIOLOGI(MINGGU PERTAMA/KETIGA)CPC PATHOLOGY (MINGGU KEDUA/KEEMPAT)

 -RONDAAN WAD

Pembedahan kecemasan akan dilakukan setiap hari. Pembedahan elektif hari Sabtu mengikut jadual.

CARTA ORGANISASI

Jadual Klinik Pembedahan Neuro

 

 

Back To Top

Save

UNIT PERUBATAN TRANFUSI

PROFAIL

Dr. Salman bin Mohd Sahid
Ketua Unit

POLICY

The policy is to provide guiding principles for Blood Transfusion Service (BTS) in Hospital TengkuAmpuanAfzan that meets the needs of hospital and ensuring maximum protection of the health and safety of blood donors, recipients of blood and health care personnel.

 OBJECTIVE

  1. To provide safe, adequate and equitable supply of blood and blood products to meet the health care needs of the hospital and the state.
  2. To promote appropriate use of blood and safe transfusion practice to ensure patient safety and the efficient use of this limited and precious resource.
  3. To incorporate quality assurance for procedures involved Blood Transfusion Service (BTS).

Perkhidmatan Jabatan

  • Perkhidmatan Pembekalan Darah kepada hospital-hospital kerajaan dan swasta
  • Perkhidmatan Kutipan Darah dan Saringan Darah Penderma.
  • Ujian- Ujian yang ditawarkan:
  • Ujian Kumpulan dan Keserasian Darah (GXM)
  • Identifikasi Antibodi
  • Ujian Group, Screen and Hold (GSH)
  • Ujian Coombs Test
  • Siasatan Reaksi Transfusi

CARTA ORGANISASI

Jadual Klinik Perubatan Transfusi

Maklumat Asas Penderma Darah

eBook Blood Transfusion Guideline

Maximum Surgical Blood Ordering Schedule (MSBOS)

PRE-TRANSFUSION SAMPLE CHECKLIST HTAA

 

Save

Save

Save

Save

Save

JABATAN PEMBEDAHAN KARDIOTORASIK

No. Tel: samb. 3093

PROFAIL

Dr. Faisal bin Ismail
Ketua Jabatan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 


PENGENALAN

Jabatan Pembedahan Kardiotorasik, Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, adalah salah satu jabatan yang telah mengharumkan nama baik Hospital HTAA dan telah memulakan perkhidmatan pada 20 November 2012 dan kini telah memasuki tahun ke-2 perkhidmatan. Jabatan ini merupakan Pusat Pembedahan Jantung dan Paru – Paru yang ke Tujuh di bawah naungan kerajaan persekutuan sepenuhnya menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia berperanan sebagai pusat rujukan utama bagi Zon Pantai Timur terutamanya Negeri Pahang dan Terengganu.  Ianya terdiri daripada Kompleks Dewan Bedah Kardiotorasik ( mempunyai 2 buah bilik bedah), Unit   Rawatan Rapi Kardiotorasik ( CICU – diurus bersama dengan Unit Anestesiologi Kardiotorasik dan Perfusi)) yang mempunyai 6 katil, Wad Pembedahan Kardiotorasik (termasuk CHDW – Cardiac high dependancy ward) yang terdapat 29 katil ( berkongsi dengan Jabatan Kardiologi) dan Klinik Pembedahan Kardiotorasik ( gunasama dengan Jabatan Kardiologi).   Dengan mendapat sokongan Jabatan Kardiologi dan Unit Perfusi & Kardiak Anaestesiologi, perkhidmatan kardiovaskular dan torasik yang menyeluruh telah dapat diberikan.Di antara perkhidmatan yang diberikan termasuklah pembedahan jantung dewasa, pembedahan torasik dan rawatan perubatan kardiak dan torasik di Klinik Pakar Pembedahan Kardiotorasik, HTAA.

Sepanjang tahun pertama perkhidmatan, Pembedahan Jantung Terbuka dan paru – paru menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan jumlah kes melebihi100 di mana 10 kes adalah dari Pembedahan Torasik. Pencapaian ini merupakan kejayaan kepada HTAA hasil daripada sokongan pelbagai pihak dan komitmen kumpulan perintis Pembedahan Kardiotorasik. Bagi meraikan tahun pertama pekhidmatan ‘First Year Anniversary Dinner’ telah berjaya diadakan pada 21 November 2013 dengan kehadiran Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Visi

Menjadikan Jabatan Pembedahan Kardiotorasik Hospital Tengku Ampuan Afzan sebagai sebuah Pusat Rujukan Perkhidmatan di pantai timur yang cemerlang

Misi

Jabatan Pembedahan Kardiotorasik Hospital Tengku Ampuan Afzan  akan menyediakan perkhidmatan pembedahan kardiotorasik yang efisyen, berkesan dan berkualiti dengan menitikberatkan aspek latihan dan penyelidikan serta memastikan nilai-nilai budaya korporat diterapkan dalam setiap lapisan anggota jabatannya. 

OBJEKTIF

Objektif utama Jabatan Pembedahan Kardiotorasik adalah seperti berikut:
1. Untuk menjadi satu pusat kecemerlangan (center of excellence).
2. Untuk memberi perkhidmatan pembedahan kardiotorasik yang berkualiti tinggi.
3. Untuk menjadi satu pusat rujukan yang utama di wilayah timur.
4. Untuk menjadi satu pusat latihan pembedahan kardiotorasik.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berikrar akan:

  1. Memberi perkhidmatan yang optima dan berkualiti kepada pelanggan tanpa mengira kaum, agama dan status.
  1. Memastikan semua pelanggan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 12 jam dan Doktor Pakar dalam masa 24 jam.
  1. Mengawal pelanggan supaya selalu berada di dalam keadaan selamat dan terjamin.
  1. Perihatian terhadap kehendak-kehendak pelanggan.
  1. Memberi katil yang kemas kepada pelanggan.
  1. Menghubungi waris pelanggan dengan segera jika keadaan pelanggan sangat tenat dan membimbangkan.
  1. Memberi pendidikan kesihatan kepada pelanggan bagi tiap-tiap kemasukkan.
  1. Menentukan keadaan dan diagnosa pelanggan akan diterangkan oleh doktor kepada pelanggan dan waris tertentu sahaja.

UNIT UTAMA

Untuk mencapai objektif yang tersebut, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik berfungsi melalui lima unit utama iaitu:
1. KLINIK PEMBEDAHAN KARDIOTORASIK (CTC)
2. WAD PEMBEDAHAN KARDIOTORASIK (CTW)
3. ’CARDIAC HIGH DEPENDANCY WARD’ ( CHDW)

4. DEWAN BEDAH KARDIOTORASIK (COT)
5. UNIT RAWATAN RAPI KARDIOTORASIK (CICU)

Kesemua unit-unit ini serta pentadbirannya adalah di bawah kuasa Ketua Jabatan Pembedahan Kardiotorasik kecuali CICU dibawah pentadbiran Unit Anaestesiologi Kardiotorasik dan Perfusi. Wad Pembedahan Kardiotorasik dan Klinik Pembedahan Kardiotorasik dikongsi sama dengan Jabatan Kardiologi. Sebarang hal ehwal yang melibatkan atau membabitkan unit-unit ini termasuklah kakitangan-kakitangan yang bertugas di dalamnya mestilah dirujuk kepada Ketua Jabatan Pembedahan Kardiotorasik.

SKOP PERKHIDMATAN

Skop Perkhidmatan Pembedahan Kardiotorasik yang diberikan oleh jabatan ini adalah meliputi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut :

  1. Perkhidmatan Pembedahan Jantung
  2. Perkhidmatan Pembedahan Torasik
  3. Perkhidmatan Pesakit Dalaman
  4. Perkhidmatan Pesakit Luar
  5. Perkhidmatan Rawatan Rapi
  6. Perkhidmatan Kecemasan 24 Jam (Pembedahan Jantung dan Paru-paru)

ORGANISASI

Kumpulan Pengurusan Tertinggi JUSA C 1 orang
Kumpulan Pengurusan dan Profesional UD 48 & UD44 4 orang
Kumpulan Sokongan I U42/U36/U32/ U29 52 orang
Kumpulan Sokongan II U14/U11 9 orang


CARTA ORGANISASI

 

1. KLINIK PEMBEDAHAN KARDIOTORASIK

 Lokasi

Dari tarikh penubuhannya hingga ke hari ini, klinik kardiotorasik dikongsi bangunan yang sama dengan Jabatan Kadiologi. Klinik tumpangan ini terletak bersebelahan dengan wad respiratori (Anggerik). Di ruang ini jabatan diperuntukan sebanyak 4 bilik dan beberapa bilik untuk kegunaan lain seperti ECG, dressing dan ruang peyimpanan fail.

 Perkhidmatan

Perkhidmatan yang diberikan melalui klinik pembedahan kardiotorasik terbahagi kepada beberapa jenis. Semua pesakit akan dilihat berdasarkan temujanji. Tanpa temujanji, pesakit akan dinasihatkan untuk mendapatkan perkidmatan di jabatan kecemasan.

  1. a) Klinik Rujukan Pakar (Specialist referral clinic): Semua pesakit yang dirujuk ke kilnik ini mestilah dirujuk oleh Pakar Kardiologi (Cardiologist) atau Pakar Respiratory (Respiratory Physician). Pesakit akan diperiksa dan dilihat dahulu oleh pegawai perubatan dan data-data klinikal diisi dalam fail kardiotorasik Kemudiannya pakar bedah kardiotorasik akan melihat dan berbincang mengenai pembedahan yang akan dijalankan dan tarikh pembedahan ditetapkan.
  2. b) Klinik Rawatan Ulangan (Follow-up clinic): Semua pesakit yang telah menjalani pembedahan adalah dikehendaki untuk datang ke klinik ini 6 minggu dari tarikh keluar wad kecuali pesakit yang bermasalah dan memerlukan rawatan susulan yang segera dikehendaki datang ke klinik ini satu minggu dari tarikh keluar wad.
  3. c) Klinik Antikoagulasi (Anticoagulation clinic): Pesakit yang menggunakan ubat Warfarin adalah dikehendaki datang ke klinik ini dan menjalani pemeniksaan INR untuk memastikan tahap antikoagulasi adalah selamat dan mencukupi.
  4. d) Klinik Preadmission (Preadmission clinic): Pesakit yang akan masuk ke Wad Kardiotorasik akan dilihat oleh pegawai perubatan seminggu sebelum tarikh masuk wad. Ini adalah untuk memastikan yang pesakit adalah sihat dan telah bersedia untuk menjalani pembedahan.
  5. e) Sessi ceramah oleh kakitangan Jabatan Kardiotorasik dan fisioterapi untuk persediaan pembedahan juga diadakan di sini.

 

2. WAD KARDIOTORASIK

Lokasi

Wad Pembedahan Kardiotorasik 7A ( Mawar) terletak di tingkat 7 bangunan utama HTAA. Wad ini penting bagi menyediakan pesakit dalam menghadapi pembedahan dan mombantu pesakit untuk pulih dengan segera selepas pembedahan.

3. DEWAN BEDAH KARDIOTORASIK (COT)

Lokasi
Kompleks Dewan Bedah Pembedahan Kardiotorasik terletak di tingkat tigat bangunan utama HTAA. Kompleks ini mempunyai 2 bilik bedah.

Fungsi

COT ini berfungsi sebagai dewan yang dikhaskan untuk pembedahan kardiotorasik samada kes elektif atau kecemasan. Dewan ini adalah tempat utama di mana aktiviti-aktiviti jabatan dijalankan. Semua pembedahan jantung terbuka dan tertutup, termasuk pembedahan congenital dan torasik dilakukan di dewan bedah ini.

4. WAD RAWATAN RAPI KARDIOTORSIK (CICU)

Lokasi

Wad rawatan rapi kardiotorasik atau CICU terletak di tingkat tiga bangunan utama HTAA. CICU terletak sama tingkat dengan dewan bedah Kardiotorasik.

Fungsi

CICU berfungsi untuk memberi rawatan intensif kepada semua pesakit yang telah menjalani pembedahan jantung dan paru-paru. CICU ini dan kakitangan-kakitangannya adalah di bawah kawalan ketua unit Anestesiologi Kardiotorasik dan Perfusi. Walaubagaimanapun, pentadbiran dan jagaan pesakit adalah tanggungjawab bersama dengan Jabatan Pembedahan Kardiotorasik.

5. WAD RAWATAN CHDW (CARDIOTHORACIC HIGH DEPENDENCY UNIT)

Lokasi

CHDW terdiri dari ruangan tertutup yang mempunyai 4 katil terletak di dalam wad pembedahan kardiotorasik 7A di tingkat tujuht bangunan utama HTAA.

POLISI UNIT

Jadual Klinik Pembedahan Kardiotorasik

PENCAPAIAN

Wad Mawar 7A (Pembedahan Kardiotorasik)

SURGICAL ADMISSION 2013
Jumlah kemasukan ke wad 250 Kes
Kematian -
BOR 4.03%

Jumlah Kedatangan Pesakit ke Klinik Pakar Pembedahan Kardiotorasik

BILANGAN KES / TAHUN 2013
Kes Baru 214
Kes Ulangan 455
Kes Rujukan 16

Jumlah Pembedahan (Dewan Bedah Kardiotorasik)

KES ELEKTIF CASES  EMERGENCY CASES  JUMLAH
2013 2013 2013
Kes Pembedahan Jantung Terbuka 74 18 92
Kes Torasik 10 5 15
Lain – Lain Kes 5 8 13
JUMLAH 89 31 120

 Jumlah Pemeriksaan Echocardiogram Pesakit Selepas Pembedahan

TAHUN PEMERIKSAAN ECHOCARDIOGRAM SELEPAS PEMBEDAHAN
HARI KE-4 SELEPAS PEMBEDAHAN ATAS PERMINTAAN PAKAR  TCA KLINIK JUMLAH
2013 95  47  75 217

 Jumlah Kematian (Mortality Case) Jabatan Pembedahan Kardiotorasik

TAHUN KES KEMATIAN MENGIKUT PEMBEDAHAN
CABG VALVE CABG + VALVE LAIN - LAIN JUMLAH
2013 4 1 2 1 8

PENCAPAIAN KUALITI 2013:

  1. 100% (Jangka masa pesakit di lihat oleh Pakar dan Peg. Perubatan serta urusan pesakit discharge selesai).
  2. Mortaliti Pembedahan Jantung Terbuka 8.7%
  3. Mortaliti Keseluruhan 6.7%
  4. Kajian Kepuasan Pelanggan –     % Pesakit berpuasa hati dengan Perkhidmatan Kardiotorasik dan % tidak berpuasa hati dengan Perkhidmatan Kardiotorasik

 

Back To Top

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA