JABATAN PERGIGIAN

TEL :09-5572790/2776 FAX: 09-5572787

PROFAIL

 
Ketua Jabatan

Visi

Untuk menjadi sebuah pusat yang cemerlang dalam perkhidmatan pengurusan pesakit dan Latihan Pembedahan Mulut yang berterusan secara menyeluruh.

Misi

Memberi perkhidmatan pergigian yang berkualiti dan berteknologi sesuai & berlandaskan cirri-ciri Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Objektif

Untuk memberi perkhidmatan kepakaran pergigian dari aspek-aspek diagnostic, rawatan dan pemulihan yang sesuai,berkesan, mencukupi dan selesa kepada pesakit-pesakit dalam dan luar Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Piagam Pelanggan

Setiap pesakit akan didaftarkan dalam tempoh 10 minit. Dari masa temujanji diberi sehingga menunggu rawatan, setiap pesakit diberi tempoh 60 minit bergantung kepada bilangan Pakar & Pegawai Pergigian.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Jabatan Bedah Mulut

Kes-kes trauma, kanser mulut, gigi yang terimpak dan lain-lain yang dirujuk dari luar dan dalam HTAA. Pesakit yang dirawat adalah yang berumur 16 tahun 1 hari.

Jabatan Pergigian Pediatrik

Juga merawat kes-kes trauma, kanak-kanak keperluan khas, gigi terimpak dan lain-lain. Pesakit yang dirawat adalah yang berumur 16 tahun ke bawah.

 

 

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA