JABATAN ORTOPEDIK

TEL: 09-5572660

PROFAIL

Dato’ Sri (Dr) N. Premchandran
Ketua Jabatan

MISI

Misi Jabatan Orthopedik, HTAA adalah melaksanakan perkhidmatan dengan berlandaskan ciri-ciri Budaya Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Professionalisma, Perkhidmatan Penyayang dan Kerja Berpasukan.

OBJEKTIF

 Objektif Umum

Untuk memberi perkhidmatan kesihatan dari aspek promosi pencegahan dan kuratif yang bersepadu kepada pesakit-pesakit serta mengamalkan taraf kesihatan yang optimal dengan mencegah dari penyakit-penyakit supaya membolehkan pesakit-pesakit hidup dalam fizikal, mental dan sosial yang baik dan sempurna.

Objektif Khusus

  1. Menyelia Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar dan Dalam dengan cemerlang
  2. Meninggikan daya pengeluaran dan menjamin nilai-nilai BUDAYA KERJA yang baik
  3. Menerima dan merawat pesakit-pesakit daripada lain-lain institusi perubatan yang memerlukan rawatan khas atau rawatan daripada doktor dan pakar yang tidak boleh didapati dari institusi masing-masing
  4. Berusaha dari masa ke semasa untuk memperbaiki mutu perkhidmatan hospital supaya akan mencapai taraf kesihatan yang lebih tinggi dan cekap
  5. Menyediakan perkhidmatan pendidikan

 

WAWASAN

Jabatan Orthopedik berazam dan berjanji akan memberi rawatan dalam bidang orthopedik kepada semua pesakit dan ahli keluarga mereka yang mempunyai masalah orthopedik berasaskan prinsip kerja dan wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Kami akan memberikan rawatan yang

  • Adil dan saksama
  • Cekap dan amanah
  • Berteknologi terkini (mengikut kemampuan) dan sesuai
  • Bersesuaian dengan persekitaran
  • Berdasarkan keutamaan penyakit
  • Berlandaskan etika professionalisma dan penyayang
  • Melibatkan penyertaan pesakit dan ahli keluarga
  • Berasaskan kecemerlangan ilmu yang terkini

 

Sistem ini juga mengutamakan:

  • Kualiti dan Inovasi mutu kerja melalui program – program yang tersusun
  • Promosi kesihatan untuk pencegahan dan juga untuk rawatan
  • Hormat kepada kemuliaan insan
  • Mengekalkan tanggungjawab individu
  • Penjagaan dan penyelenggaran alatan perubatan yang bersistematik
  • Penyertaan ahli keluarga dalam tanggungjawab bersama
  • Penyaluran maklumat yang benar dan tepat kepada pesakit
  • Keharmonian hubungan sesama kakitangan jabatan sentiasa terbaik
  • Keselamatan dan kebajikan pesakit dan ahli keluarga terpelihara
  • Keselamatan dan kebajikan kakitangan jabatan juga turut terpelihara

 

POLISI DAN SOP JABATAN

CARTA ORGANISASI

Jadual Klinik Ortopedik
 

 

Back To Top

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA