JABATAN ANESTESIOLOGI & RAWATAN RAPI

TEL: 09-557 2303

PROFAIL

  Ketua Jabatan

 

PENGENALAN

Sejajar dengan peningkatan dan perkembangan bidang perubatan, skop perkhidmatan Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi HTAA juga semakin meluas. Perkhidmatan  yang diberikan bukan sahaja terhad kepada pembiusan didalam dewan bedah malahan bermula dari sebelum pembedahan seperti klinik anestetik dan  juga terlibat dalam pembiusan di luar dewan bedah seperti ECT,di suite radiologi seperti prosedur MRI dan CT scan. Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan  rawatan kesakitan (akut, kronik dan kesakitan bersalin) . Bagi perkhidmatan rawatan rapi, unit ini telah berpindah ke tingkat dua pada 2007 dan mulai 15 Julai 2008 ia beroperasi dengan sembilan katil.  Antara peningkatan lain perkhidmatan jabatan ini ialah  Pembiusan Daycare Surgery di Pusat Rawatan Harian yang bermula pada bulan Mei 2007. Selain dari itu, hospital dan jabatan ini juga merupakan sebahagian dari pusat pengajian bagi Pegawai Perubatan Sarjana dari HUSM, pelajar-pelajar dari Kulliyah Perubatan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Kuantan serta menjadi hospital mengajar untuk kursus perbidanan, kejururawatan dan paramedik yang lain.

MISI JABATAN

Menyediakan perkhidmatan berkualiti berkaitan pembiusan dan 'Acute Pain Services' serta rawatan rapi dan resusitasi.

OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN

Objektif utama jabatan ini adalah untuk menyediakan penjagaan pesakit yang terbaik dengan 'standard' amalan keselamatan yang tinggi.

  • Memberi perkhidmatan pembiusan, rawatan rapi dan perkhidmatan lain yang berkaitan yang berkualiti tinggi kepada pesakit.
  • Meningkatkan aktiviti CME diperingkat jabatan, hospital dan negeri.
  • Meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada pesakit mengenai perkhidmatan pembiusan, 'APS' dan rawatan rapi serta peranan doktor bius.
  • Memupuk dan menanam semangat kerjasama diantara kakitangan dan mengadakan persekitaran dan suasana kerja yang baik.
  • Meneruskan aktiviti 'Qualiti Assurrance'.

PERKHIDMATAN PEMBIUSAN

Perkhidmatan Pembiusan di HTAA dijalankan dibeberapa tempat berasingan. Ianya dijalankan di Dewan Bedah Umum (5 bilik bedah) dan Dewan Bedah Otopedik (3 bilik bedah) yang terletak di tingkat 3 bangunan utama. Dewan Bedah Materniti (1 bilik bedah) yang terletak di tingkat 1 bangunan yang sama. Selain daripada itu, perkhidmatan pembiusan juga dijalankan Jabatan Psikiatrik (bangunan berasingan) untuk melakukan prosedur ECT pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat dan apabila perlu sebagai kecemasan. Perkhidmatan pembiusan  juga diberikan untuk kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan radiologi seperti MRI di Jabatan Radiologi sebagai kes elektif.

Terdapat 7 bilik bedah di bangunan  Pusat Rawatan Harian . Pembiusan untuk pesakit Day case Surgery  telah bermula  pada  bulan Mei tahun 2007.

 

Back To Top

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA