JABATAN PSIKIATRI & KESIHATAN MENTAL

TEL: 09-557 2273

PROFAIL

 

Dr. Noorul Amilin binti Harun
Ketua Jabatan


VISI

Mewujudkan sebuah Jabatan sebagai pusat perkhidmatan Rawatan dan Rehabilitasi psikiatri arah mesra komuniti dan kemasyarakatan.

MISI

  Mengintegrasikan nilai-nilai konsep budaya kerja korperat Kementerian Kesihatan Malaysia kearah perkhidmatan yang “Mesra Keluarga”.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan perkhidmatan psikiatri kepada masyarakat sekitar Kuantan dan berfungsi sebagai pusat rujukan bagi zon Pahang Timur serta pusat rujukan tertiari untuk seluruh negeri Pahang.
  2. Menjalankan program rehabilitasi psikososial kepada pesakit psikiatri luar dan dalam.
  3. Mengembangkan perkhidmatan psikiatri dengan melakukan lawatan berkala ke hospital-hospital daerah Pekan, Muadzam dan Rompin.
  4. Mewujudkan perkhidmatan kesihatan mental dalam komuniti melalui pusat kesihatan mental masyarakat (MENTARI) di Klinik Kesihatan Balok.
  5. Menjalankan aktiviti promosi dan kesedaran kesihatan mental.
  6. Memberi pendidikan kesihatan mental kepada pesakit, kaum keluarga dan orang awam.
  7. Mengurangkan stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap pesakit psikiatri.
  8. Memberi latihan kepada kakitangan secara berterusan untuk memenuhi keperluan dan meningkatkan mutu perkhidmatan.

PERKHIDMATAN JABATAN PSIKIATRIK

SECARA AM :

  • Mengdiagnosa Kes-kes yang dirujuk

  • Memberi perkhidmatan rawatan ubat-ubatan

    1. Pesakit luar

    2. Pesakit Dalam (wad)

  • Kaunseling Psikiatri .

  • Pemulihan / Rehabilitasi

  • Perawatan Komuniti

 

SECARA SPECIFIK :

  1. Menjalankan Klinik Pakar Psikiatri
    • ( Kanak-kanak /remaja / dewasa / wargatua )
  2. Menjalankan Stress Klinik oleh kakitangan rehabilitasi
  3. Menjalankan Walk-In Counselling Klinik oleh jururawat
  4. Merawat pesakit di Wad Psikiatri Dahlia
  5. Menjalankan Pemulihan Pesakit
    • Pusat Bengkel Pesakit
    • Pusat Jagaan Harian
  6. Menjalankan Komuniti Nursing
  7. “Continue Medical Education” kepada Kakitangan
  8. Perkhidmatan psikiatri 24 jam. atas panggilan
  9. Perkhidmatan liasion
  10. Koordinasi program kesihatan mental

PIAGAM PELANGGAN

  1. Tempoh Pendaftaran tidak lebih 20 minit

  2. Dari masa temujanji diberi, tunggu rawatan atau jumpa doktor tidak lebih 40 minit

  3. Jumlah pesakit – 64 orang

  4. Bilangan paramedic/jururawat – 6 orang

  5. Tempoh rawatan – tidak melibihi 60 minit

  6. Urusan tenujanji – tidak melibihi 10 minit

Pelanggan hendaklah mematuhi tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan. Sebarang permohonan pertukaran tarikh dan masa tenujanji hendaklah dimaklumkan lebih awal kepada petugas klinik.

Carta Organisasi

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA