JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI

Dr. Salman bin Mohd Sahid
Ketua Jabatan

POLISI

Menyediakan garis panduan untuk perkhidmatan transfusi darah di Hospital Tengku Ampuan Afzan yang memenuhi keperluan hospital dan memastikan perlindungan maksimum untuk kesihatan dan keselamatan penderma darah, penerima darah dan kakitangan kesihatan.

OBJEKTIF

  1. Meyediakan bekalan darah dan komponen darah yang selamat dan mencukupi untuk memenuhi keperluan hospital dan juga negeri.
  2. Untuk memastikan penggunaan darah yang betul dan mempraktikkan proses transfusi yang selamat untuk memastikan keselamatan pesakit dan memastikan penggunaan sumber yang terhad ini dengan lebih efisien.
  3. Untuk memastikan prosedur melibatkan transfusi darah yang berkualiti.

Perkhidmatan Jabatan

 

  • Perkhidmatan Pembekalan Darah kepada hospital-hospital kerajaan dan swasta
  • Perkhidmatan Kutipan Darah dan Saringan Darah Penderma.
  • Ujian- Ujian yang ditawarkan:
    • Ujian Kumpulan Darah dan Keserasian Darah (GXM)
    • Identifikasi Antibodi
    • Ujian Group, Screen and Hold (GSH)
    • Ujian Coombs Test
  • Siasatan Reaksi Transfusi

MAKLUMAT ASAS PENDERMA DARAH

ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA:

  1. Sihat tubuh badan
  2. Berumur di antara 18-60 tahun (maksima adalah 55 tahun bagi penderma kali pertama)
  3. Berat badan 45kg ke atas
  4. Cukup tidur (minimum 5 jam)
  5. Tidak mengambil ubat antibiotic dalam masa 2 minggu yang lalu
  6. Telah makan sedikit sebelum menderma darah
  7. Tidak pernah terlibat dengan sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut, walaupun hanya SEKALI sahaja:
    • Hubungan seks sesama jantina (homoseksual)
    • Hubungan seks dengan kedua-dua jantina (biseksual)
    • Hubungan seks dengan pekerja seks komersial/pelacur
    • Bertukar-tukar pasangan seks
    • Mempunyai pasangan seks baru, dalam tempoh kurang dari 12 bulan (termasuklah pasangan yang baru berkahwin)
    • Mengambil dadah terlarang
    • Menjadi pasangan seks kepada golongan di atas
  8. Pendermaan terakhir adalah 2-3 bulan yang lepas (sekurang-kurangnya 8 minggu)
  9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak ketika datang haid (3 hari pertama), tidak menyusukan anak secara eksklusif
  10. Tidak boleh menderma sekiranya anda:
    • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
    • Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.

 


CARTA ORGANISASI

Jadual Klinik Perubatan Transfusi

Maklumat Asas Penderma Darah

eBook Blood Transfusion Guideline

Maximum Surgical Blood Ordering Schedule (MSBOS)

PRE-TRANSFUSION SAMPLE CHECKLIST HTAA

 

Save

Save

Save

Save

Save

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA