JABATAN PERUBATAN FORENSIK

TEL: 09-557 2285 / 2232   FAKS: 09-515 7797

PROFILE

Dr. Sri Marni bt Zainal Abidin
Ketua Jabatan

VISI

Untuk memberikan perkhidmatan Perubatan Forensik yang cemerlang dan menjadi Pusat Rujukan Perubatan Forensik di negeri Pahang.

Misi

  1. Untuk perkembangan berterusan dalam bidang Perubatan Forensik serta meningkatkan kesedaran awam melalui kerjasama strategik dan Pendidikan Berterusan (CME) yang berteraskan budaya kualiti dan keutamaan kepada pelanggan.
  2. Berkhidmat untuk masyarakat dengan lebih saksama dan efektif berlandaskan nilai penyayang, profesionalisme dan kerjasama berpasukan mengikut prinsip budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
  3. Untuk menyediakan perkhidmatan Perubatan Forensik yang dinamik dan responsif kepada masyarakat dengan anggota yang berilmu dan berdedikasi.

Objektif

  1. Menyedia dan mengutamakan perkhidmatan Perubatan Forensik yang bermutu tinggi, berkualiti dan efisien untuk pelanggan 24 jam setiap hari.
  2. Mengendalikan perkhidmatan Patologi Forensik, iaitu pengurusan kematian, pemeriksaan bedah siasat, pemeriksaan di tempat kejadian samada bagi kes jenayah ataupun mencurigakan, pengendalian spesimen medikolegal sebagai bahan bukti, analisa makmal untuk kes medikolegal dan siasatan kes-kes jenayah yang bersangkutan dengan Kanun Keseksaan dengan memberi fakta kes dan laporan yang betul dan cepat.
  3. Menyediakan pasukan tindakan perubatan forensik untuk perkhidmatan ketika Bencana Mangsa Ramai (Mass Disaster) yang melibatkan kematian dan kes kematian berisiko tinggi.
  4. Menyediakan perkhidmatan Klinikal Forensik kepada pesakit yang terbabit dalam kes serangan seksual, keganasan rumahtangga, penderaan dan kes-kes lain yang dimaksudkan dlam Kanun Keseksaan.
  5. Memberi khidmat rundingcara dalam aspek medikolegal kepada perkhidmatan perubatan yang lain dalam pengurusan pesakit.

Piagam Pelanggan

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Unit Patologi Forensik

  1. Perkhidmatan yang disediakan termasuklah pengambilan mayat/jenazah dari wad hospital, penyimpanan sementara jenazah/mayat sementara menunggu tuntutan, dan mengendalikan urusan tuntutan jenazah/mayat kepada waris/pihak berkuasa/majikan.
  2. Memberi perkhidmatan bedah siasat medikolegal dan bedah siasat klinikal, ini termasuklah pengambilan dan pengendalian spesimen untuk tujuan analisa bagi diserahkan kepada pihak yang berkaitan.
  3. Menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian apabila dirujuk oleh polis, bagi kes-kes jenayah dan mencurigakan.
  4. Memberi perkhidmatan bedah siasat dan identifikasi (disaster victim identification) dalam bencana ramai mangsa (Mass Disaster) yang melibatkan kematian ramai mangsa (mass fatalities).
  5. Melakukan bedah siasat untuk kes berisiko tinggi yang melibatkan penyakit berjangkit.
  6. Memberi perkhidmatan gali kubur (exhumation) untuk tujuan kes polis dan perkhidmatan sosial kepada komuniti masyarakat dan agensi yang berkaitan.

 Perkhidmatan Unit Klinikal Forensik

  1. Perkhidmatan yang dijalankan adalah melibatkan pesakit hidup yang terlibat dalam kes seranagan seksual, keganasan rumahtangga, penderaan dan kes-kes lain yang dimaksudkan dalam Kanun Keseksaan.
  2. Pengambilan dan pengendalian spesimen dari kes-kes tersebut untuk diserahkan kepada pihak polis.

 Perkhidmatan Makmal Perubatan Forensik

  1. Menyediakan perkhidmatan analisa makmal untuk spesimen medikolegal, termasuk histopatologi, antropologi dan biologi.
  2. Perkhidmatan ini adalah terbuka untuk semua kes perubatan forensik di negeri Pahang.

Carta Organisasi

Back To Top

 

Save

Save

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA