UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

TEL: 09-557 2931 ~ FAKS: 09-515 7564

PROFIL JABATAN

Puan Norsarini bt Salim
Ketua Unit

Visi

Menjadikan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sebagai hospital ICT melalui pelaksanaan dan penggunaan teknologi ICT secara menyeluruh bagi menyokong perkhidmatan kesihatan yang efisyen dan berkualiti.

Misi

  1. Memastikan infrastruktur ICT yang disediakan adalah lengkap, stabil dan selamat bagi menyokong penggunaan dan pelaksanaan sistem aplikasi ICT.
  2. Memantau dan menyelenggara sistem ICT supaya sentiasa dapat digunakan.
  3. Menyediakan khidmat sokongan teknikal yang efisyen dan berkualiti kepada pengguna ICT.
  4. Membudayakan penggunaan ICT di kalangan warga Hospital Selayang melalui kursus dan latihan yang dianjurkan.

OBJEKTIF

Untuk membantu organisasi mencapai matlamat dalam melaksanakan keperluan pengurusan maklumat organisasi di samping meningkatkan daya saing dan mewujudkan prasarana ICT selari dengan perkembangan teknologi terkini.

FUNGSI

  • Menjalankan kajian, rekabentuk dan penetapan spesifikasi untuk pelaksanaan, pembangunan, peningkatan dan penyelenggaraan sistem-sistem aplikasi
  • Memberi khidmat sokongan dan bantuan teknikal dalam penggunaan serta penyelenggaraan peralatan dan perisian ICT
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan perolehan dan pembekalan peralatan, perisian, sistem aplikasi dan kemudahan infrastruktur ICT
  • Merancang, mengurus dan menyelenggara rangkaian dan peralatan ICT
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan kursus dan latihan ICT kepada pegawai dan kakitangan§Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa ICT

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan Sistem Pengurusan Pesakit Dalam (SPPD) beroperasi dengan baik sepanjang masa serta memberi bantuan teknikal first level support kepada pengguna sistem apabila diperlukan dan berhubung dengan BTMK untuk penyelesaian masalah
  • Bantuan teknikal dan khidmat sokongan akan dibuat ke atas masalah yang dilaporkan dalam tempoh 2 hari bekerja dan akan memberikan penyelesaian yang praktikal dalam tempoh 2 minggu
  • Memberi khidmat nasihat dan cadangan bagi perolehan, penggunaan dan pinjaman peralatan ICT mengikut keperluan
  • Mengadakan kursus asas komputer secara berperingkat kepada anggota HTAA bagi meningkatkan kemahiran penggunaan aplikasi komputer
  • Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa ICT HTAA Unit ini bertanggungjawab menyelaras keputusan yang telah dipersetujui dalam tempoh yang ditetapkan
  • Membantu pelaksanaan sistem-sistem aplikasi yang digunapakai di HTAA mengikut permohonan dan keperluan Jabatan/ Unit
  • Menggalakkan pelaksanaan ICT mengikut peraturan, garis panduan dan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan dan kementerian.

PROGRAM DAN AKTIVITI JABATAN

  • Penyelenggaraan Sistem Aplikasi
  • Kursus Asas Komputer
  • Khidmat bantuan dan sokongan teknikal penggunaan peralatan IT
  • Penyelarasan semua aktiviti/program/projek IT di HTAA

SENARAI PEGAWAI

Pn. Norsarini binti Salim - F44 ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 09-557 2932 )

En. Aidi Rahim bin Osman - F44(M) ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 09-557 2559 )

En. Mohd Firdaus bin Sauliman F41 ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 09-557 2559 )

Pn. Asmawati bt Md Dahan - FA32 ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 09-557 2935 )

En. Mohd Rizal bin Abdul Rahman - FA29 ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 09-557 2931 )

En. Mohd Royril bin Ramli - FA29 ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 09-557 2936 )

En. Mohd Faizal bin Roslan - N1 ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 09-557 2931 )

CARTA ORGANISASI UNIT IT

 

SENARAI SISTEM APLIKASI

BIL NAMA PROJEK LOKASI
1 Sistem Pengurusan Pesakit Dalam (SPPD) Unit Hasil & Wad
2 Surat Pengesahan & Akuan Diri Elektronik (eGL) Unit Hasil/BDM
3 Sistem Telekonsultasi/Telekesihatan Bilik Telehealth
4 Sistem Maklumat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDCIS) Jabatan Rekod Perubatan
5 Sistem Pengurusan Laporan Perubatan (SPLP) Jabatan Rekod Perubatan
6 Computerised OT Documentation System (COTDS) Dewan Bedah Umum, ACC & Ortopedik
7 Library System (S_Lib OPAC) Perpustakaan Perubatan
8 Sistem Peruntukan dan Kawalan Belanjawan (eSPKB) Unit Kewangan
9 ePerolehan Unit Kewangan
10 Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (egHRMIS) Unit Sumber Manusia
11 Laboratory Information System (LIS) Jabatan Patologi
12 Sistem Casemix Jabatan Rekod Perubatan
13 Sistem Maklumat Rawatan Pesakit (SMRP) Jabatan Rekod Perubatan
14 Sistem Pengurusan Rekod Pesakit (SPRP) Jabatan Rekod Perubatan


KURSUS / LATIHAN ICT

Antara senarai kursus/latihan ICT yang diadakan ialah :

BIL TARIKH MASA PROGRAM KUMPULAN SASARAN
1 Sepanjang tahun 9.00pg - 4.30ptg Perkhidmatan Email 1GovUC Paramedik & Sokongan
2 Sepanjang tahun

9.00pg - 4.30ptg

(2 hari)

 Microsoft Office Word Paramedik & Sokongan
3 Sepanjang tahun

9.00pg - 4.30ptg

(2 hari)

Microsoft Office Excel
Paramedik & Sokongan
4 Sepanjang tahun

9.00pg - 4.30ptg

(2 hari)

 

Microsoft Office Powerpoint
Paramedik & Sokongan

 

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA