BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

TEL: 09-557 2030 FAKS: 09-514 2712

 Puan Aina Badriah bt Rosani Tamrin
 Ketua Bahagian

POLISI

Visi - menuju ke arah pengurusan sumber manusia yang berkualiti dan produktif

Misi - menguruskan perkhidmatan anggota htaa dengan efektif dan penggunaan sumber manusia yang optimum, berintegriti, berpengetahuan, berkemahiran dan berkualiti

Objektif - memastikan htaa mempunyai sumber manusia dan struktur organisasi yang sempurna dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada semua anggota dengan cekap dan berkesan

FUNGSI

  • Sumber Manusia
    • mengurus, melaksana dan memantau secara keseluruhan berhubung hal-hal perkhidmatan anggota htaa yang meliputi urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, penempatan & pertukaran dan lain-lain isu berbangkit berkaitan perkhidmatan.
    • memberi maklumbalas serta khidmat nasihat terhadap isu-isu berkaitan dengan hal-hal perkhidmatan di peringkat HTAA/JKNP.
  • Perjawatan
    • menguruskan permohonan pewujudan jawatan baru dan penambahan perjawatan di dalam anggaran belanja mengurus
    • mengemaskini maklumat perjawatan keseluruhan HTAA.
    • mengenalpasti masalah dan cadangan penyelesaian bagi isu-isu berkaitan penempatan berdasarkan keperluan perkhidmatan
  • HRMIS
    • menguruskan dan memantau secara menyeluruh berhubung sistem pengurusan maklumat sumber manusia melalui aplikasi hrmis yang meliputi :          

      1. Sandangan pemilik kompetensi dalam data perjawatan
      2. Pengemaskinian rekod peribadi
      3. Pengemaskinian profil perkhidmatan
      4. Kemasukan perisytiharan harta

    • menjadi penyelaras & memberi khidmat nasihat mengenai hal-hal berkaitan dengan HRMIS.
  • Piagam Pelanggan
Bil Perkara Tempoh
1  Menguruskan urusan perlantikan pertama  15 hari
2  Pengesahan perlantikan  3 hari
3  Pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen  5 hari
4  Menyediakan penyata perubahan mengenai pendapatan seseorang pegawai (kew.8)  2 hari
5  Urusan kenaikan pangkat dan pemangkuan  5 hari
6  Menguruskan permohonan cuti-cuti dalam perkhidmatan  5 hari
7  Menguruskan permohonan pertukaran dalam dan luar negeri  3 hari
8  Menguruskan penamatan perkhidmatan dan perletakan jawatan  3 hari
9  Menguruskan pencen  8 hari
10  Menguruskan permohonan lawatan keluar negara  3 hari
11  Menguruskan urusan perisytiharan harta  5 hari

 

Carta Organisasi Bahagian Sumber Manusia

Back To Top

Save

Save

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA