UNIT KESIHATAN AWAM

NO. TELEFON :09-557 2305

PROFAIL JABATAN

 Dr. Thanaraj Doraisamy
 Ketua Unit

 

PENGENALAN

Jabatan Kesihatan Awam telah diperkenalkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada tahun 2002. Jabatan ini terdiri daripada 2 unit iaitu Unit Kesihatan Awam dan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH). Unit OSH telah ditubuhkan pada tahun 2014. Jabatan ini terdiri daripada Pegawai Perubatan UD44, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 dan Pembantu Kesihatan Awam U17. Setakat ini terdapat 5 orang pegawai di Jabatan ini.

VISI

Memberikan Perkhidmatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berkualiti untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat, selesa dan sihat untuk wargakerja dan pelanggan.

MISI

Menyediakan perkhidmatan kesihatan dan keselamatan pekerja yang cekap, mesra dan berkualiti berdasarkan nilai etika professional untuk wargakerja dan pelanggan HTAA.

OBJEKTIF

Objektif dibahagikan kepada dua fungsi Jabatan iaitu Unit Kesihatan Awam dan Unit Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan.

Objektif Unit Kesihatan Awam adalah seperti berikut;

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti pencegahan kejadian penyakit berjangkit (termasuk bawaan vektor ; Demam Denggi, Demam Denggi Berdarah) mengikut Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 di kawasan Hospital.
  • Merancang, mengatur dan menyelaras aktiviti Keselamatan Kualiti Makanan mengikut undang-undang kesihatan awam seperti Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985
  • Merancang, menyusun dan menyelaras aktiviti bagi memastikan HTAA bebas dari asap rokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993.
  • Bekerjasama dengan Unit Kawalan Mutu Air Minum di Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan untuk persampelan air minum.
  • Merancang dan menyelaras aktiviti yang berkaitan dengan Penguasaan Akta-Akta Kesihatan Awam di hospital.

Objektif Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) adalah seperti berikut;

  • Melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi melindungi pekerja/ kakitangan daripada risiko semasa bekerja. Mewujudkan Urusetia tetap bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja mengikut seksyen 30 (1) Akta tersebut..
  • Memantau aktiviti keselamatan pekerja oleh setiap Unit atau Jabatan.
  • Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dan pelanggan di HTAA.
  • menyediakan persekitaran tempat berkerja yang selamat, selesa dan sihat.
  • melapor dan menyiasat segala kejadian atau penyakit berhubung dengan pekerjaan.
  • memastikan semua wargakerja sedia diberi maklumat , arahan, latihan dan penyeliaan bagi wargakerja menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
  • menjalankan pemeriksaan, kawalan serta audit keselamatan dan kesihatan yang berkala di tempat kerja.

FUNGSI UNIT KESIHATAN AWAM

  • Kawalan Penyakit Berjangkit
  • Penguatkuasaan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
  • Pemantauan Vektor
  • Kebersihan dan Kualiti Makanan

FUNGSI UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

  • Pemeriksaan kesihatan anggota berumur > 40 tahun
  • Pemeriksaan anggota terdedah kepada Sinaran X-ray
  • Program Immunisasi Hepatitis B dan H1N1
  • Klinik anggota/kakitangan dan Klinik Kesihatan Pekerjaan
  • Program ”NSI Spot Inspection” dan ”TB spot Inspection”
  • JKKP
  • QA kecederaan tersusuk jarum
  • Audit Keselamatan di tempat kerja

 

UNIT KESIHATAN PERSEKITARAN

OBJEKTIF UMUM

Melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan Unit Keselamatan dan Kesihatan di Hospital. Untuk menyediakan penggunaan tenaga pekerja yang optima bagi menghasilkan output dan mewujudkan suasana/ budaya kerja di hospital dan persekitarannya yang cemerlang, ceria, selesa selamat serta terkawal daripada punca jangkitan penyakit dan menjadikan hospital sebagai fokal point untuk promosi kesihatan pesakit, keluarga pesakit serta masyarakat sekeliling.

OBJEKTIF KURSUS

  1. Melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi melindungi pekerja/ kakitangan daripada risiko semasa bekerja dengan:· Mewujudkan Urusetia tetap bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja mengiku seksyen 30 (1) Akta tersebut.· Memantau aktiviti keselamatan pekerja oleh setiap Unit atau Jabatan.
  2. Mencegah kejadian penyakit berjangkit (termasuk bawaan vektor) di kawasan Hospital.
  3. Menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam seperti Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993 , Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
  4. Memantau data-data berkaitan untuk dianalisa secara saintifik menggunakan kaedah epidemiologi.

FUNGSI UNIT

Berperanan sebagai unit yang bertanggungjawab merancang, melaksana, memantau serta penilaian keberkesanan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di bawah program seperti kawalan penyakit berjangkit, kawalan mutu makanan, kawalan mutu air minum, kesihatan pekerjaan & kesihatan persekitaran, pendidikan kesihatan, penguatkuasaan undang-undang, pengkalan data epedimiologi dan latihan & penyelidikan.

PERKHIDMATAN/ PRODUK YANG DISEDIAKAN

Berfungsi sebagai unit/ urusetia yang dapat mementau pelaksanaan pelbagai bidang yang berkaitan kesihatan awam dan pelaksanaan dasar-dasar untuk menjaga kepentingan kakitangan dan pelanggan di Htaa. Sejak sekian lama hospital hanya berperanan sebagai institusi khusus untuk pesakit-pesakit yang diberikan perkhidmatan perubatan di peringkat rawatan dan pemulihan. Perkhidmatan tersebut lebih menjurus kepada pesakit dan tidak kepada keluarga pesakit dan mereka yang bertugas di hospital. Oleh itu unit ini bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan dan promosi kesihatan yang berperanan secara tetap dan berterusan selaras dengan inisiatif promosi kesihatan awam di hospital seperti bebas rokok, bebas denggi, hospital sejahtera disamping keperluan mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

 

PROGRAM DAN AKTIVITI JABATAN

PROGRAM BEBAS DENGGI / AEDES DI HTAA

Memastikan HTAA bebas dari pembiakan nyamuk Aedes.

Memastikan J/Kuasa bebas Denggi/Aedes HTAA bagi:-

  • Menyediakan laporan 'survillance' kajian Aedes (mingguan / bulanan).
  • Menjalankan 'spot-check' kajian Aedes oleh J/Kuasa khas
  • Mengatur pamiran/ poster ditempat yang bersesuaian. (suku tahunan)
  • Penyelian pemantauan aktiviti semburan kabus (fogging) (mingguan / bulanan)
  • Mengedar risalah yang berkaitan kepada staff dan orang awam.
  • Menjalankan kajian 'ovitrap' ( mingguan)

AKTIVITI KAWALAN MUTU MAKANAN

Pemeriksaan berkala Premis Makanan di Dapur dan Kawasan Hospital iaitu:-

  • Memastikan premis makanan sentiasa bersih, kemas dan teratur.
  • Memastikan premis sentiasa bebas daripada binatang peliharaan, tikus, lipas dan lalat.
  • Memastikan tempat penyediaan makanan sentiasa bersih, makanan tidak diletakkan di atas lantai.
  • Memastikan ruangan pamir makanan sentiasa bersih, bertutup dan bebas daripada punca pencemaran.

Pemeriksaan Kesihatan berkala ke atas Pengendali Makanan:-

  • Memastikan pengendali makanan digerai dan bahagian dapur hospital sihat dan layak mengendalikan makanan
  • Memastikan setiap pengendali mendapat pelalian pencegahan typhoid dan pemeriksaan kesihatan.
  • Memastikan pengendali makanan sentiasa mengamalkan tabiat yang sihat semasa mengendalikan makanan.

Pemeriksaan terhadap Peralatan dan Tempat Mengisi Makanan/ Minuman:-

  • Memastikan peralatan yang terlibat dalam penyediaan makanan berada dalam keadaan yang baik, bersih dan selamat, tahap kebersihan yang sempurna, tempat membasuh yang mencukupi, tempat penyimpanan peralatan yang bersih selepas penyucian.

Mengadakan dan memberi kursus/ taklimat/ secara berkala dan rutin Pendidikan Kesihatan:-

  • Memberi pendidikan kesihatan kepada semua pengendali makanan mengenai menjaga kebersihan diri, tunjuk ajar teknik-teknik dari segi menjaga kebersihan diri, cara berpakaian, cara mengelakkan pencemaran, cara penyimpanan, cara menghidang dsbnya. Mereka juga didedahkan untuk mengikuti latihan / kursus yang disediakan.

Menjalankan Pemeriksaan Premis Makanan:-

  • Memastikan premis berada dalam prestasi yang baik iaitu akan membuat pemeriksaan berkala dan berterusan sama ada secara sendiri atau bersama Unit Kawalan Mutu Makanan atau Penguatkuasa dari PKD Kuantan.

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993

  • Memastikan tanda larangan merokok dipasang ditempat-tempat yang sesuai dan mencukupi jumlahnya.
  • Menjalankan rondaan di sekitar kawasan hospital untuk memastikan Peraturan larangan merokok dipatuhi sepenuhnya oleh semua.
  • Mengenakan kompaun kepada perokok yang melanggar peraturan merokok di kawasan hospital.
  • Memastikan/ mengambil tindakan pendakwaan ke mahkamah bagi perokok yang gagal menjelaskan kompaun dalam tempuh ditetapkan. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa penyakit 1975 Pin. 2000
  • Menggunakan Akta ini bagi mengawal pembiakan vektor penyakit di hospital seperti nyamuk Aedes, lalat, lipas dan tikus.
  • Mengeluarkan kompaun kepada mereka yang bertanggung jawab membiarkan vektor tersebut membiak di tempat-tempat tertentu di bawah jagaan mereka.

KAWALAN MUTU AIR MINUM

  • HTAA perlu memastikan bekalan air terawat yang diterima adalah selamat untuk digunakan sebagai minuman, masak memasak, penyucian, dan sebagainya. Jadual perancangan pengambilan contoh air adalah setiap suku tahun.

ANALISISI KUALITI AIR KUMBAHAN (EFFLUENT)

  • Memastikan sijil analisisi air kumbahan (effluent) yang dihantar oleh pihak Kompeni Consesi (Radicare) secara bulanan mematuhi piawaian berdasarkan garispanduan 'Environmental Quality ( Sewage & Industrial Effluent ) Regulation 1977.

MEMANTAU PENGURUSAN DATA

  • Sentiasa berhubung rapat dengan jabatan rekod Htaa, kemasukan/ pendaftaran dan wad-wad untuk memastikan pengurusan data (rekod, Laporan, retan, notifikasi) kepada saluran yang berkaitan seperti Pejabat  Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri, Vektor Negeri dan Agensi terlibat lain disamping membuat analisa secara saintifik menggunakan kaedah epidemiologi.

 

Carta Organisasi

 

 

Save

Save

Save

Save

Save

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA