UNIT KAWALAN INFEKSI

TEL. : 09 557 2983

 

PROFAIL

Dr. Dzawani Binti Muhamad
Pengerusi Kawalan Infeksi


PENGENALAN

Hospital Menempatkan sejumlah pesakit yang mempunyai system imun atau ketahanan tubuh yang lemah. Petugas perubatan bergerak dari pesakit ke pesakit sekali gus menyediakan ruang kepada pathogen untuk tersebar .Healthcare Associated Infection’ adalah jangkitan yang di perolehi oleh pesakit atau anggota kesihatan selepas 48 jam berada di hospital. Tanda dan gejala muncul semasa pesakit masih berada di hospital  atau selepas discaj dari wad. Sekiranya menjalani pembedahan selama 30 hari dan sekiranya mempunyai implant sehingga setahun. Luka pembedahan yang dijangkiti oleh microorganism , radang di salur pernafasan selepas mendapat rawatan melalui mesin pernafasan (ventilator) adalah contoh jangkitan hospital. Jangkitan hospital mendatangkan beban yang ketara terhadap pesakit dan kesihatan awam kerana ia merupakan punca utama kes morbidity dan Mortaliti.

‘Healthcare Associated Infection’ adalah satu masalah yang amat serius , jika tindakan atau pencegahan tidak ditangani segera. Ia bukan sahaja mampu mengakibatkan kesengsaraan dan kematian kepada pesakit tetapi sekali gus meningkatkan kos hospital dari segi kakitangan dan peralatan serta ubatan. Pemantauan terhadap kes-kes ‘Healthcare Associated Infection’ yang berterusan adalah amalan pencegahan dan kawalan oleh Unit Kawalan Infeksi supaya kes –kes tidak menjadi wabak. Had pemindahan organisma antara pesakit dalam penjagaan persekitaran secara langsung dengan cara pembersihan tangan dengan betul , mengawal persekitaran yang berisiko untuk jangkitan, melindungi pesakit melalui penggunaan antimicrobial prophylasis , meningkatkan amalan penjagaan kakitangan - pesakit dan mendidik petugas kesihatan secara berterusan . Amalan mencuci tangan dan mematuhi amalan standard precaution di kalangan warga kerja HTAA sendiri dapat mencegah dan  mengawal  / mengurangkan kejadian ‘Healthcare Associated Infection’.

Unit Kawalan Infeksi Hospital adalah merupakan sebuah unit sokongan yang memberi perkhidmatan pemantauan untuk mengurangkan kes ‘Healthcare Associated Infection’, di Hospital Tengku Ampuan Afzan . Pengerusi Kawalan Infeksi ialah Pakar Penyakit Berjangkit yang di bantu oleh seorang Setiausaha , seorang Penyelia Jururawat U42 dan seorang Penyelia Jururawat U36, dan 7 Orang Jururawat Kawalan Infeksi.

MISI

  • Mengawal kadar ‟ Healthcare Associated Infection ” ketahap yang paling minima.

VISI

  • Pemantauan dan pengawalan bagi mengurangkan kejadian ‟ Healthcare Associated Infection ” di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

OBJEKTIF

Unit ini mempunyai objektif berikut:

  • Meningkatkan kualiti didalam penjagaan pesakit dalaman daripada jangkitan silang
  • Menekankan garispanduan dan polisi untuk digunapakai bagi mengurangkan risiko jangkitan di hospital.
  • Memastikan kakitangan mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan prosedur keselamatan bagi melindungi kakitangan daripada mendapat jangkitan dan kemalangan mengikut OSHA.
  • Mengadakan latihan dan pembelajaran berterusan bagi kakitangan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
  • Membuat rumusan dan kajian bagi meningkatkan kualiti di dalam pencegahan kejadian ‟ Healthcare Associated Infection ” di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

Klinikal

  1. Berhubung rapat dengan ahli perubatan mikrobiologi hospital dan doktor.
  2. Menyelia dan nasihat mengenai dasar-dasar teknik pengasingan dan prosedur secara amnya dan dalam keadaan klinikal tertentu.
  3. Memberi nasihat klinikal dan sokongan kepada jururawat, pengunjung dan kakitangan lain bukan klinikal.
  4. Menganalisa dan memberi maklum balas mengenai laporan mikrobiologi kepada  ketua jabatan
  5. Memberi nasihat klinikal dan sokongan kepada penjagaan kesihatan profesional lain, kakitangan sokongan dan agensi luar berkenaan dengan isu-isu sosial yang timbul daripada perkara-perkara kawalan jangkitan
  6. Menyediakan garis panduan dan sokongan kepada Link Nurses.

Surveillance / pemantauan

  1. Menyelaras aktiviti pengawasan hospital
  2. Mengumpul maklumat yang berkaitan termasuk kajian point prevalence survey pada penjagaan kesihatan yang berkaitan - audit klinikal / antibiotik , hand hygiene dan lain-lain.

Penyelarasan / Organisasi Aktiviti Kawalan Jangkitan

  1. Mengenal pasti bahaya jangkitan yang berpotensi dan mencadangkan tindakan pembetulan yang sesuai untuk kakitangan yang berkaitan
  2. Bekerjasama dengan Pasukan Kawalan Infeksi hospital untuk mengenal pasti, menyiasat dan mengawal wabak.
  3. Bekerjasama dengan Pasukan Kawalan Infeksi hospital dan doktor tentang pemantauan rutin unit seperti Unit Rawatan Rapi dan Unit penjagaan intensif bayi, terutamanya yang  terdedah kepada jangkitan.

Pentadbiran

  1. Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan dasar-dasar kawalan infeksi.
  2. Memantau pematuhan dengan dasar kawalan infeksi, termasuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan secara langsung dengan audit.
  3. Menyediakan laporan tepat pada masanya.
  4. Memberitahu kakitangan mengenai pelbagai aspek kawalan infeksi dan keselamatan kesihatan pekerjaan

Pendidikan

  1. Mengambil bahagian dalam program-program pengajaran formal dan rasmi untuk semua pekerja kesihatan.
  2. Mengikuti kemajuan terkini dengan membaca literatur yang berkaitan dan menghadiri kursus yang sesuai , mesyuarat dan pameran.
  3. Nasihat kakitangan berkaitan dengan bahaya microbiologic dalam keselamatan kesihatan pekerjaan.
  4. Mengambil bahagian dan menyelaras Kempen pendidikan berkaitan kawalan infeksi - seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik Hospital (HIACC).

Aktiviti peningkatan penyelidikan dan kualiti

  1. Mengambil bahagian dengan ahli mikrobiologi dan kakitangan klinikal yang sesuai pada projek-projek penyelidikan yang berkaitan dengan jangkitan hospital
  2. Menilai pelaksanaan teknik kawalan jangkitan
  3. Aktiviti Audit kawalan infeksi

Tugas-tugas Khas

  1. Membuat tugas-tugas lain dan tambahan dari masa ke semasa seperti yang di arahkan oleh pegawai atasan yang berkaitan.
  2. Bertugas atas panggilan - Membuat rondaan dan pemantauan di wad berkaitan perlaksanaan serta  pematuhan polisi kawalan infeksi oleh kakitangan bertugas pada hari kelepasan mingguan.
  3. Menyelaras Wad Isolasi apabila terdapat kes yang memerlukan pengasingan seperti semasa berlakunya wabak.

SENARAI KAKITANGAN

  • Zaida Binti Yahaya Jururawat  - U42
  • Rosma Binti Idrus Jururawat  - U36
  • Siti Norsuhada binti Jamaludin Jururawat -  U32
  • Suhaida Binti Makhtar Jururawat  -  U32
  • Fauziah Binti Abdul Malek Jururawat -  U32
  • Cik Laila Binti Che Isa Jururawat -  U32
  • Zubaidah Binti Ngah Jururawat -  U32
  • Hazira Binti Mohd Apandi Jururawat -  U32 (KUP)
  • Rosmini Binti Nordin - Jururawat U32 ( KUP)

POLISI - PREVENTION OF INFECTION CONTROL

  • Isolation Ward
  • Standard and Additional Precautions

 

Back To Top

Save

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA