JABATAN REKOD PERUBATAN

TEL: 09-557 2222 samb. 2948

PROFIL

  Pn. Norhayati bt Mohamed Sari
Ketua Jabatan

 Pengenalan

Jabatan Rekod Perubatan merupakan salah sebuah jabatan di bawah organisasi Perkhidmatan Sokongan Bukan Klinikal hospital. Jabatan ini terletak di Aras 4, Kompleks Rawatan Harian HTAA, iaitu berhadapan dengan Auditorium HTAA. Jabatan Rekod dinaungi oleh Pengarah Hospital, diikuti dengan Timbalan Pengarah (Klinikal) dan diketuai oleh Pegawai Rekod Perubatan.

Tanggungjawab utama Jabatan Rekod Perubatan adalah dalam mentadbir-urus rekod perubatan pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital. Selain itu, jabatan ini juga berperanan dalam menganalisa dan seterusnya mengeluarkan perangkaan statistik berhubung penjagaan dan perawatan pesakit di hospital. Dari aspek perundangan pula, Jabatan ini bertangunggjawab dalam memproses Laporan Perubatan yang dipohon.

Visi

Jabatan Rekod Perubatan beroperasi berlandaskan kepada prinsip Budaya Karporat KKM dengan menekankan elemen Penyayang, Bekerja Berpasukan dan Profesionalisma.

Misi

Jabatan Rekod beriltizam untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan rekod dimana rekod akan disimpan dengan selamat dan maklumat dibekalkan dengan cepat, tepat dan berkualiti dengan penggunaan teknologi terkini.

Objektif

Objektif Utama Jabatan Rekod adalah untuk menyelenggara rekod perubatan serta maklumat kesihatan secara berkesan untuk menghasilkan pengurusan perawatan pesakit dan pengurusan perkhidmatan hospital secara cekap dan dapat mencapai tahap kepuasan pelanggan yang ditetapkan.

Fungsi

Jabatan Rekod Perubatan bertanggungjawab dalam menyimpan dan mengurus semua rekod pesakit dalam dan pesakit luar yang mendapat rawatan di hospital ini. Selain itu, Jabatan ini bertanggungjawab dalam proses pengeluaran data statsitik Hospital dan penngurusan Laporan Perubatan pesakit.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan bagi Jabatan Rekod Perubatan adalah seperti berikut:-

Penyediaan Laporan Perubatan:-
Laporan Perubatan akan disiapkan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

Pengurusan Rekod Perubatan:-
Permohonan Rekod Perubatan Pesakit untuk rawatan lanjut akan dikesan dan dimaklumkan statusnya kepada pemohon dalam tempoh 30 minit selepas permohonan diterima.

PERKHIDMATAN/PRODUK DISEDIAKAN

Perkhidmatan utama Jabatan Rekod Perubatan adalah seperti berikut :

1. Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit

  • Penerimaan Rekod Perubatan pesakit daripada wad dan klinik
  • Penyelenggaraan Rekod Perubatan pesakit (pendaftaran dalam sistem, pelabelan kod warna dan penyimpanan ke ruangan simpanan)
  • Penyediaan Rekod Perubatan pesakit untuk rawatan temujanji (TCA) di klinik pakar (bagi Klinik Integrasi sahaja ; Pembedahan Am, Perubatan Am, Ortopedik, Oftalmologi dan Otorinolorongi (ENT)
  • Pelupusan Rekod Perubatan

2. Pengurusan berkaitan Laporan Perubatan

  • Memproses permohonan Laporan perubatan daripada pesakit, Polis, Peguam, Agen Insurans, Majikan, dsb.
  • Semua permohonan hendaklah menggunakan borang khas KKM/LP/1/2008
  • Tempoh penyediaan Laboran Perubatan adalah 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.(rujuk Lampiran A)
  • Mengurus penubuhan jemaah PERKESO
  • Mengurus penubuhan Lembaga Perubatan

3. Pengurusan Statistik Hospital

  • Penyediaan kod diagnosis bagi setiap pesakit berdasarkan ICD-10
  • Penerimaan Bancian Harian Wad
  • Penyediaan Statistik Pesakit Luar
  • Penyediaan Statistik Pesakit Dalam
  • Pengeluaran Statistik bagi Laporan Tahunan
  • Pengumpulan statistik perkhidmatan sokongan

4. Pengurusan berkaitan Kes Perundangan (Medico-Legal)

  • Mengurus dan menyelia rekod-rekod berkaitan Perundangan seperti Rekod Bedah Siasat, Kad Medico-Legal Jabatan Kecemasa dan Rekod-rekod Pusat Khidmat Krisis Setempat (OSCC).
  • Menyediakan dokumen Laporan Perubatan untuk Pegawai Perubatan hadir ke mahkamah.
  • Urusetia bagi penubuhan Lembaga Siasatan Bebas (Enquiry Board).

LAPORAN PERUBATAN/ LAPORAN BEDAH SIASAT

Pesakit sendiri /Saudara terdekat / agen /peguam boleh memohon laporan perubatan dari Jabatan Rekod Perubatan, Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian HTAA atau menghantar permohonan melalui surat.

Pesakit sendiri / Saudara terdekat / agen / peguam mestilah membawa perkara seperti berikut :-

  • Borang Pemohonan (KKM/LP/1/2008)/ Surat Pemohonan.
  • Surat keizinan ASAL yang ditandatangani oleh pesakit/ waris bagi si mati (beserta dokumen hubungan dengan si mati).
  • Salinan Kad Pengenalan Pesakit/ Kad Pengenalan Simati serta sijil kematian.
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon/ waris.
  • Salinan Kad Temujanji Klinik/ Nota Discaj/ lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan hospital.
  • Borang berkaitan (Insurans/ KWSP/ Buruh 90/ PERKESO dan sebagainya)
  • BAYARAN (sila rujuk Borang Permohonan).
  • Senarai Semak Permohonan Lengkap Permohonan. (sila rujuk disini).

Tempoh penyediaan laporan perubatan adalah 30 hari bekerja (tidak termasuk Laporan Ringkas Pakar, Pakar Terperinci dan Laporan Bedah Siasat)


WAKTU OPERASI

Buka:-

Isnin - Khamis | 08.00 am – 01.00 pm & 02.00 pm - 05.00 pm

Jumaat | 08.00 am - 12.15 pm & 02.45 pm - 05.00 pm


Tutup:-

Isnin - Khamis | 01.00 am – 02.00 pm

Jumaat | 12.15 am - 02.45 pm

Sabtu – Ahad | Cuti Umum

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi :-

Jabatan Rekod Perubatan,
Aras 4, Bangunan ACC, Hospital Tengku Ampuan Afzan,
Kuantan, Pahang

Tel: 09-557 2222 samb. 2948/2945
Fax: 09-557 2948/ 09-5142712


PROGRAM/AKTIVITI JABATAN

  • Mengadakan ceramah (Continuous Medical Education-CME) kepada kakitangan hospital berkaitan Rekod Perubatan pada sesi yang ditetapkan.
  • Mengadakan hari keluarga peringkat Jabatan.
  • Mengadakan taklimat Medico-Legal kepada Pegawai dan Pakar Perubatan.

LAIN-LAIN

Program Kualiti bagi memantau aktiviti kualiti Jabatan Rekod, antaranya :
Penyediaan Laporan Perubatan

  • Penghantaran Rekod Perubatan
  • Penyediaan Rekod Perubatan bagi rawatan temujanji di klinik Pakar

CARTA ORGANISASI JABATAN

 

Back To Top

Save

Save

Save

Save

Save

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA