JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

TEL: 09-557 2060 FAKS: 09-557 2438

PROFIL

   En. Omran bin Mt. Ali
 Ketua Jabatan

VISI

Untuk mewujudkan satu perkhidmatan sosial perubatan yang berkualiti dan efektif kepada semua pelanggan

MISI

Untuk membantu pesakit dalam aspek psikososial supaya mereka menjadi anggota masyarakat yang boleh berdikari bersesuaian dengan batas keupayaannya akibat penyakit dan masalah psikososial yang dihadapinya.

OBJEKTIF

  • Untuk melaksanakan perkhidmatan psiko-sosial yang komprehensif
  • Untuk mengendali dan menyelaras masalah psikososial dan ekonomi pesakit dan relatif
  • Untuk memulihkan dan memaksimakan kefungsian sosial pesakit selaras dengan batas keupayaanya.

PERKHIDMATAN JKSP

JKSP berfungsi untuk memberikan program khidmat sosial yang komprehensif kepada pesakit atau klien di wad (in-patients) dan pesakit luar (out-patients). Matlamat utama unit ini adalah untuk memberi khidmat bagi menyelaras dan mengurus masalah psikososial dan sosio ekonomi pesakit. Sistem perkhidmatan JKSP dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu:

Sokongan Terapi

  • Penjagaan Pesakit Kronik/Paliatif
  • Cubaan Bunuh Diri
  • Perbalahan/keganasan rumahtangga
  • Ibu tanpa nikah
  • Mangsa perkosaan
  • Penganiayaan kanak-kanak
  • Masalah tingkah laku
  • Kes kurang upaya ( cacat )
  • HIV positif/AIDS
  • Ketagihan dadah
  • Perlindungan wanita dan gadis
  • Pesakit terdampar atau diabai keluarga

Bantuan Praktik

  • Menyediakan laporan penilaian sosial
  • Membuat perancangan keluar wad
  • Menguruskan rujukan pendidikan khas
  • Menguruskan penempatan di institusi kebajikan
  • Menguruskan penjagaan anak pelihara/anak angkat
  • Bantuan am – tambang/ kewangan (perlu rujukan)
  • Mendapatkan alat tiruan/peralatan perubatan/implant
  • Pendaftaran kes kurang upaya

Perkhidmatan-perkhidmatan Lain

  • Jabatan Kerja Sosial Perubatan juga dipertanggungjawabkan untuk menyelaras Pusat Khidmat Sepadu (OSCC) yang berperanan untuk membantu mangsa-mangsa keganasan rumahtangga, mangsa penderaan kanak-kanak dan mangsa rogol/pencabulan dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Hospital, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
  • Sukarelawan Hospital - JKSP juga bertanggungjawab untuk menyelaras perkhidmatan sukarelawan hospital yang berfungsi untuk memberi perkhidmatan sokongan kepada perkhidmatan hospital dalam bentuk memenuhi keperluan dari segi sosial, emosi dan kerohanian pesakit-pesakit.
  • Suspected Child Abuse and Neglect (SCAN) Team HTAA- Merupakan pasukan yang terdiri daripada multi-disiplin di hospital yang bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak polis untuk menguruskan kes pengabaian kanak – kanak yang dimasukkan ke wad atau dirujuk melalui OSCC.

 

Waktu Operasi:

Buka: Isnin – Jumaat (8.00 Pagi – 5.00 Petang)
Tutup: Sabtu – Ahad & Cuti Umum

 

Carta Aliran Perkhidmatan

Carta Organisasi

Back To Top

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA