JABATAN PERUBATAN FORENSIK

TEL: 09-557 2285 / 2232   FAKS: 09-515 7797

PROFILE

Dr. Nor Zaimah Bt Mohd Idris
Ketua Jabatan

VISI

Visi Jabatan Perubatan Forensik adalah untuk memberikan perkhidmatan Perubatan Forensik yang cemerlang dan menjadi Pusat Rujukan Perubatan Forensik di Negeri Pahang.

Misi

  • Untuk perkembangan berterusan dalam bidang Perubatan Forensik serta meningkatkan kesedaran awam melalui kerjasama strategik dan Pendidikan Berterusan (CME) yang berteraskan budaya kualiti dan keutamaan kepada pelanggan.
  • Berkhidmat untuk masyarakat dengan lebih saksama dan elektif berlandaskan nilai penyayang, profesionalisme dan kerjasama berpasukan mengikut prinsip budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Untuk menyediakan perkhidmatan Perubatan Forensik yang dinamik dan responsive kepada masyarakat dengan anggota yang berilmu dan berdedikasi.

Objektif

  • Menyediakan dan mengutamakan perkhidmatan Perubatan Forensik yang bermutu tinggi, berkualiti dan efisien untuk pelanggan 24 jam setiap hari.
  • Mengendalikan perkhidmatan Perubatan Forensik, iaitu pengurusan kematian, bedah siasat, pemeriksaan ditempat kejadian jenayah, analisa makmal untuk kes mediko legal dan siasatan kes-kes jenayah yang bersangkut dengan Kanun Keseksaan dengan memberi fakta kes dan laporan yang betul dan cepat.
  • Menyediakan pasukan tindakan forensik untuk perkhidmatan ketika Bencana Ramai Mangsa  (Mass Disaster) yang melibatkan kematian dan kes kematian berisiko tinggi.
  • Menyediakan perkhidmatan Klinikal Forensik kepada pesakit yang terbabit dalam kes serangan seksual, keganasan rumah tangga, penderaan dan kes-kes lain yang dimaksudkan dalam Kanun Keseksaan.
  • Memberi khidmat rundingcara dalam aspek medikolegal kepada perkhidmatan perubatan yang lain dalam pengurusan pesakit.

Piagam Pelanggan

PERKHIDMATAN

Patologi Forensik

  1. Menyediakan perkhidmatan penghantaran mayat dari wad ke mortuari
  2. Menyediakan ruang dan tempat penyimpanan sementara jenazah sebelum dituntut
  3. Dokumentasi maklumat jenazah
  4. Membantu dalam pencarian waris jenazah unknown
  5. Menyediakan premis untuk penghormatan terakhir jenazah
  6. Menyediakan perkhidmatan bedah siasat mayat bagi kes medikolegal
  7. Menyediakan perkhidmatan bedah siasat mayat untuk kes berisiko tinggi
  8. Memberi khidmat nasihat kepada hospital daerah untuk kes bedah siasat
  9. Menyediakan laporan bedah siasat apabila diminta
  10. Mengendalikan spesimen kes bedah siasat medikolegal
  11. Menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian (CSI) dan pemeriksaan awal mayat di tempat kejadian
  12. Penggalian semula kubur untuk kes medikolegal dan menyelia penggalian semula kubur atas permintaan daripada Majlis Ugama Islam Pahang dan badan berkanun di Pahang
  13. Mengendalikan kematian ramai mangsa pada peringkat negeri dan kebangsaan termasuklah kemudahan, tenaga kerja, pengendalian tempat kejadian, pelabelan mayat/jenazah, penyimpanan, dokumentasi, pengendalian dan penyerahan spesimen
  14. Mengendalikan proses Disaster Victims Identification (DVI)
  15. Menyediakan kemudahan premis kepada pasukan TOP hospital untuk menjalankan prosedur perolehan tisu bagi kes Brought In Death dan Death In Department
  16. Menyediakan premis untuk kaunseling waris oleh Penolong Pegawai Persekitaran dan Kesihatan untuk kes berisiko tinggi.

Klinikal Forensik

  1. Mengendalikan spesimen medikolegal untuk kes klinikal forensik.
  2. Memberi khidmat nasihat berkenaan kes klinikal forensik apabila diminta.

Makmal Perubatan Forensik

  1. Menyediakan perkhidmatan analisa Histopatologi Forensik.
  2. Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dan laporan permeriksaan slaid Histopatologi Forensik.
  3. Menyediakan perkhidmatan Antropologi Forensik.
  4. Menyediakan perkhidmatan analisa Forensik Diatom.

Organization Chart

Back To Top

 

Save

Save

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA