JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN

Tel : 09-5572222 samb 2224

PROFAIL

MERIAM BT. BIDIN
Ketua Jabatan

MISI & VISI
Jabatan Dietetik & Sajian terlibat dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal & juga promosi kesihatan untuk membantu dalam perawatan pesakit selaras dengan visi & misi hospital & KKM. Sistem pengurusan mengutamakan inovasi, teknologi & pengetahuan terkini kearah peningkatan kualiti berterusan.

POLISI JABATAN 

Perkhidmatan Dietetik

  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal & promosi kesihatan berdasarkan amalan 'evidence-based' di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
  • Menyumbang kepada kajian & penyelidikan dalam bidang pemakanan & dietetik.

Perkhidmatan Sajian

  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan & keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi,pekeliling-pekeliling & arahan yang ditetapkan.
  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi , pekeliling- pekeliling dan arahan yang ditetapkan

OBJEKTIF

Objektif umum
Untuk memastikan perkhidmatan makanan & perkhidmatan dietikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

Objektif khusus

  1. Untuk memastikan diet normal & diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan wad bagi kelas satu, dua,tiga & wad kanak-kanak.
  2. Untuk memastikan diet kelas satu dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan, mengikut kelayakan.
  3. Untuk memastikan catuan makan malam dibekalkan untuk anggota bertugas malam,mengikut kelayakan.
  4. Untuk memastikan khidmat 'medical nutrition therapy' bagi 'oral diet' serta 'nutrition support' diberi kepada pesakit yang dirujuk oled doktor.
  5. Untuk memberi latihan praktikal katering & 'internship' dietetik kepada pelatih dari Intitusi Pendidikan Tinggi.
  6. Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering & dietetik klinikal/dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.

 

PERKHIDMATAN JABATAN

  • Perkhidmatan Dietetik
  1. Pesakit yang dirujuk oleh doktor kepada Pegawai Dietetik akan diberi khidmat Medical nutrition therapy dengan menggunakan nutrition care process yang merangkumi nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention dan nutrition monitoring & evaluation termasuk dokumentasi.
  2. Perkhidmatan memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan.
  3. Latihan internship dietetik akan diberi kepada pelatih-pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan.
  4. Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.
  • Perkhidmatan Sajian
  1. Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima daripada wad mengikut kelas dan jenis diet yang ditentukan oleh Pegawai Dietetik atau Pegawai Perubatan.
  2. Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai HIV positif akan dibekalkan susu formula bayi bagi tempoh dari lahir hingga umur 2 tahun untuk mereka yang kurang mampu.Rujukan:(13) KKM-171/BKP/04/16/0232 , bertarikh 18.10.2012.
  3. Bekalan Makanan Untuk Anggota Bertugas Di Dewan Bedah. Rujukan: KKM 87 P1/37/1(10) Jld 4 , bertarikh 27.05.2008.
  4. Garispanduan Perlaksanaan Pengurangan Diet/Hidangan Dari Enam Kali ke Empat Kali Sehari di Hospital /Institusi Kementerian Kesihatan Malaysia. Rujukan: KKM87/P1/37/1(8) Jld 4, bertarikh 26.05.2008.
  5. Pertimbangan Semula Peraturan Baru Ibu Menemani Anak Di wad (MAC). Rujukan: (14) dlm. KKM-203/18 Jld 2, bertarikh 03.09.2001.
  6. Penyediaan Makanan Bagi Pesakit-pesakit “Nil By Mouth”. Rujukan: (24) dlm. KKM-203/18 Jld 9, bertarikh 25.09.1995.
  7. Pengkelasan Wad Untuk Wad Kemalangan Dan Kecemasan. Rujukan: (30) dlm. KKM-87(663)Bhg 3, bertarikh 29.10.1993.

 

CARTA ORGANISASI JABATAN

 

JADUAL KLINIK DIET (BILIK 24), ARAS 2, KOMPLEKS RAWATAN HARIAN

 HARI MASA  DIETITIAN 
 ISNIN        9.00 AM - 1.00 PM  MOHD AZMAN IBRAHIM /SITI NOORLIANI ALI
SELASA  9.00 AM - 1.00 PM  YAP WAN HAN
RABU  9.00 AM - 1.00 PM  NORASMIHAN ENDOT
KHAMIS  9.00 AM - 1.00 PM  HASME ANIM AHMAD BASRI
JUMAAT  9.00 AM - 12.15 PM  NAJWA CHE ABDULLAH

TEL: 09-5133333 samb 3005/3003

 

Back To Top

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222
Faks: 09-5142712

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA